![]() |
Matlamat pemuliharaan termasuk melindungi spesies daripada kepupusan, mengekalkan dan memulihkan habitat, menambah baik perkhidmatan ekosistem dan melindungi kepelbagaian biologi. Berbagai-bagai nilai mendasari pemuliharaan, yang dapat dibimbing oleh biosentrisme, antroposentrisme, ekosentrisme dan sentientisme.[1] Baru-baru ini terdapat suatu gerakan menuju pemuliharan berasaskan bukti yang menyeru untuk lebih kegunaan bukti saintifik untuk menambah baik keberkesanan usaha pemuliharaan.