Penaklukan Norman ke atas England | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tapestri Bayeux menggambarkan Pertempuran Hastings dan peristiwa yang menyebabkannya. | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Kerajaan beraja England | Normandy | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Harold Godwinson † Edgar si Ætheling |
William si Penakluk William dari Normandy | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Kira-kira 100,000 | Kira-kira 100,000 | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Tidak diketahui | Tidak diketahui |
Penaklukan Norman ke atas England bermula pada 28 September 1066 dengan serangan ke atas England oleh William si Penakluk, Duke Normandy dan kemenangan beliau di Pertempuran Hastings pada 14 Oktober 1066 ke atas Raja Harold II dari England. Tentera Harold telah berkurang dengan banyaknya selepas kemenangan England di Pertempuran Jambatan Stamford di England Utara pada 25 September 1066 ke atas tentera Raja Harald III dari Norway. Pada awal tahun 1071, William berjaya menakluk kebanyakan kawasan di England, walau bagaimanapun pemberontakan dan penentangan berterusan sehingga sekitar tahun 1088.