Pencemaran cahaya, juga dikenali sebagai pencemaran foto, ialah kehadiran cahaya antropogenik dan buatan dalam persekitaran malam. Ia diperburuk oleh kegunaan cahaya yang berlebihan, salah tuju atau menonjol, tetapi cahaya yang dipakai dengan teliti juga pada dasarnya mengubah keadaan semula jadi. Menjadi kesan sampingan utama pembandaran, ia dipersalahkan kerana menjejaskan kesihatan, mengganggu ekosistem dan merosakkan persekitaran estetik.