Pencerobohan Poland | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kancah Eropah Perang Dunia II | |||||||||
Peta menunjukkan permulaan Perang Dunia II pada September 1939 dalam konteks yang lebih besar. | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Soviet Union (Selepas 17 September) | Poland | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Fedor von Bock Gerd von Rundstedt Ferdinand Čatloš Mikhail Kovalev (Barisan Ukraine) |
Edward Rydz-Śmigły Tadeusz Kutrzeba | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Jerman: Jumlah: 1,500,000 askar Jerman, 466,516 askar Soviet, 51,306 askar Slovakia Jumlah besar: 2,000,000+ |
Poland: 39 divisyen (ada antaranya tidak dikerahkan dan tidak bertumpu sepenuhnya), 16 briged, 4,300 meriam, 880 kereta kebal, 400 kapal terbang Jumlah: 950,000 | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Jerman: Soviet Union: Jumlah mangsa: 59,000 |
Poland: 66,000 mati, 133,700 cedera, 199,700 jumlah mangsa, 694,000 ditawan 904,000 jumlah kehilangan |
Pencerobohan Poland, juga dikenali sebagai Kempen September atau Perang Defensif 1939 atau Pembahagian Keempat Poland (Poland: Kampania wrześniowa atau Wojna obronna 1939 roku atau IV rozbiór Polski) dalam bahasa Poland dan Kempen Poland (Jerman: Polenfeldzug) atau Fall Weiss (Kes Putih) dalam bahasa Jerman, ialah satu penaklukan keatas Poland oleh Jerman, Soviet Union, dan kontinjen kecil tentera Slovakia yang mencetuskan Perang Dunia II di Eropah. Pencerobohan Jerman bermula pada 1 September 1939, seminggu selepas Pakatan Molotov–Ribbentrop dimeterai, manakala pencerobohan Soviet ke atas Poland bermula pada 17 September 1939 selepas persetujuan Molotov-Tōgō yang menamatkan peristiwa Nomonhan pada 16 September 1939. Kempen tersebut berakhir pada 6 Oktober 1939 dengan Jerman dan Soviet Union membahagi dan mengilhak keseluruhan Poland.
Pada pagi selepas peristiwa Gleiwitz, tentera Jerman menceroboh Poland dari arah utara, selatan dan barat. Sewaktu kemaraan Jerman, tentera Poland berundur dari pengkalan operasi hadapan mereka ke sempadan Poland–Jerman bagi mengukuhkan lagi garisan pertahanan ke arah timur. Selepas kekalahan Poland pada pertengahan September dalam Pertempuran Bzura, pihak Jerman mendapat kelebihan yang sangat besar. Tentera Poland kemudian berundur ke arah tenggara untuk mempersiapkan satu pertahanan yang panjang di Kawasan Romania dan menunggu bantuan yang diharapkan daripada Perancis dan United Kingdom. Kedua-dua negara tersebut telah berpakat dengan Poland dan telah mengisytiharkan perang terhadap Jerman pada 3 September, namun pertolongan mereka keatas Poland adalah sangat terhad.
Pencerobohan Tentera Merah Soviet keatas Timur Poland pada 17 September, mengikut satu protokol rahsia Perjanjian Molotov–Ribbentrop, menyebabkan rancangan pertahanan Poland menjadi buruk. Menghadapi satu barisan hadapan yang kedua, kerajaan Poland menyimpulkan bahawa garisan pertahanan tidak mampu dilaksanakan di Kawasan Romania dan mengarah pemindahan kecemasan semua tentera ke negara berkecuali Romania. Pada 6 Oktober, susulan daripada kekalahan Poland dalam Pertempuran Kock, tentera Jerman dan Soviet telah menguasai sepenuhnya Poland. Kejayaan ini menandakan berakhirnya Republik Poland Kedua, walaupun Poland tidak pernah menyerah kalah secara rasmi.
Pada 8 Oktober, selepas satu tempoh awal pentadbiran tentera, Jerman terus mengilhak barat Poland dan Kota Bebas Danzig dan meletakkan saki-baki wilayah tersebut di bawah pentadbiran Kerajaan Am yang baru ditubuhkan. Soviet Union memasukkan wilayah yang baru diambil alih ini kedalam konstituen republik Belarusia dan Ukraine, dan lantas memulakan kempen sovietization. Selepas pencerobohan ini, pertubuhan penentang bawah tanah sepakat membentuk Pergerakan Bawah Tanah Poland di dalam wilayah bekas negara itu. Ramai pegawai tentera Poland yang berjaya melarikan diri kemudiannya menyertai Angkatan Tentera Poland di Barat, iaitu angkatan bersenjata yang setia kepada kerajaan buangan Poland.