Penculikan diplomat Iran 1982

Tiga orang diplomat Iran serta wartawan Agensi Berita Republik Islam Iran telah diculik di Lubnan pada 4 Julai 1982. [1] Tiada seorang pun daripada mereka ditemui sehingga kini.[2] Mereka yang dilaporkan hilang adalah Ahmad Motevaselian, atasé tentera keduataan Iran di Beirut; Seyed Mohsen Mousavi, chargé d'affaires kedutaan; Taghi Rastegar Moghadam, pekerja kedutaan dan Kazem Akhavan, wartawan gambar IRNA.[3]

Mereka telah ditahan di pusat pemeriksaan di Lubnan utara oleh pasukan Phalange Lubnan yang diarahkan oleh Samir Geagea.[4] Sejak itu, pelbagai spekulasi telah tersebar. Pegawai-pegawai Iran percaya bahawa mereka telah diserahkan kepada Israel selepas diculik. Mereka juga dipercayai masih hidup dan ditahan di wilayah Israel.[5][3] Israel pula percaya bahawa diplomat-diplomat tersebut telah dibunuh oleh Phalange sejurus selepas diculik.[6]

Kerajaan Iran dan Lubnan telah cuba memperoleh maklumat mengenai kedudukan mereka. Menurut Nazih Mansour, bekas ahli Parlimen Lubnan, kes ini telah menjadi isu politik berbanding isu kehakiman.[6][7]

  1. ^ Staff writers. "Islamic Revolution Document Center – Iranian Diplomats kidnapping by Israeli agents in Lebanon". www.irdc.ir. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-03. Dicapai pada 18 May 2016.
  2. ^ Staff. "Berri meets families of kidnapped Iranian diplomats". The Daily Star. Dicapai pada 18 May 2016.
  3. ^ a b "Envoy: Iranian abducted diplomats alive in Israel". Al-Alam. 5 July 2013. Dicapai pada 18 May 2016.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Tasnim News
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ID
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Ha-Reu
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama IRNA

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne