Pendengaran, penerimaan audio, atau adengar adalah keupayaan bagi mengesan bunyi dengan mengesan perubahan getaran,[1] pada tekanan medium perantaraan menurut masa, melalui organ seperti telinga. Bunyi boleh didengari melalui bahan pepejal, cecair atau gas.[2] Ia merupakan salah satu dari lima deria tradisi. Ketidakupayaan mendengar dikenali sebagai pekak.