Kementerian Pendidikan Malaysia | |
---|---|
Menteri Pendidikan | Fadhlina Sidek |
Peruntukan kewangan (2006?) | |
Belanjawan keseluruhan | RM32 bilion (ASD10 bilion)1 |
Perincian umum | |
Bahasa utama | Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil |
Jenis seliaan | Kebangsaan |
Ditubuhkan | 1956 |
Kadar celik huruf (2009) | |
Jumlah | 95% (semua usia 15 tahun ke atas) |
Lelaki | 95% jumlah, 98% 15-24 tahun |
Wanita | 95% jumlah, 98% 15-24 tahun |
Kemasukan pelajar | |
Jumlah | 5,407,865 dengan 405,716 guru (nisbah 13:1), termasuk 163,746 prasekolah |
Pendidikan rendah | 2,899,228 (kadar tekal sampai darjah terakhir sekolah rendah, Darjah 6 adalah 99%) |
Pendidikan menengah | 2,344,891 (66% pelajar lelaki & 72% pelajar wanita meningkat ke Tingkatan 1 dari Darjah 6) |
1"Budget 2010", mstar | |
Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China (PR).