Jawatan Pengarah Perisikan Pusat (bahasa Inggeris: Director of Central Intelligence , DCI) merupakan ketua Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat dahulu, iaitu penasihat perisikan utama kepada Presiden dan Majlis Keselamatan Negara, serta penyelaras kegiatan perisikan sesama berbilang agensi perisikan AS (yang bersama-sama dikenali sebagai "Komuniti Perisikan" sejak tahun 1981).
Jawatan ini wujud dari Januari 1946 hingga April 2005, sebelum diganti oleh Pengarah Perisikan Negara (DNI) dan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (D/CIA).