Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia

Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia
JenisDarjah anugerah Sunting nilai ini di Wikidata
Penerangan"Kecemerlangan dalam pengarahan sesuatu filem"
PenajaPerbadanan Kemajuan Filem Nasional
NegaraMalaysia
Disampaikan olehFestival Filem Malaysia
Kali pertamaTan Sri Jins Shamsuddin, Tiada Esok Bagimu (untuk filem pada tahun 1979/1980)
Kini dipegang olehNik Amir Mustapha, Imaginur (FFM 33)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengarah Terbaik FFM (Pengarah Terbaik) merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dan diberikan di Festival Filem Malaysia (FFM) kepada pengarah-pengarah filem Malaysia bagi memberi penghargaan atas pencapaian mereka. FFM merupakan festival filem paling berprestij di Malaysia, dan bermatlamat untuk mengiktiraf pencapaian Malaysia dan menarik minat masyarakat terhadap industri perfileman tempatan. Pencalonan dibuat oleh juri-juri yang berpengalaman tetapi pemenang ditentukan oleh kesepakatan semua juri-juri yang dilantik.

Festival Filem Malaysia, ketika itu dikenali sebagai Pesta Filem Malaysia, diberikan pertama kali pada awal 1980; pada tahun itu, Jins Shamsuddin memenangi Pengarah Terbaik untuk filemnya, Tiada Esok Bagimu. Pemenang terkini ialah Dain Iskandar Said menerusi filem Interchange. Seramai 50 pengarah telah dicalonkan di FFM, 20 daripadanya memenangi sekurang-kurangnya satu anugerah, kerana semua penerimanya ialah lelaki. Pengarah yang paling diiktiraf di FFM ialah Shuhaimi Baba yang menjadi pengarah paling banyak memenangi kategori ini, dengan 3 kemenangan, bermula dengan Layar Lara pada 1994.

Menerusi Festival Filem Malaysia ke-28, 10 pencalonan dipertandingkan bagi kategori Pengarah Terbaik.[1] Bermula pada 2017, lima pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM 29), termasuk kategori Pengarah Terbaik tidak akan diumumkan awal sebelum anugerah bermula, bagi mengelakkan kontroversi serupa yang berlaku semasa Festival Filem Malaysia ke-28.[2]

  1. ^ "Debaran Festival Filem Malaysia ke-28". Kosmo!. 28 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-26. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  2. ^ "Elak kontroversi, Top 5 FFM Ke-29 tidak akan diumumkan awal". Astro Awani. 29 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Oktober 2012.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne