Pengautocedungan | |
---|---|
![]() Pengautocedungan gigi geraham bongsu | |
MeSH | D014182 |
Pengautocedungan atau autotransplantasi ialah proses pemindahan organ, tisu, atau bahkan protein tertentu dari satu bahagian badan ke bahagian lain pada orang yang sama (auto bermaksud "diri" dalam bahasa Yunani[1]).
Tisu autolog (juga dipanggil sebagai tisu autogen, autogeneik, atau autogenik) yang dicedung melalui prosedur sedemikian dipanggil autocantuman atau autocedungan.[2]
Ia berbeza dengan pengalocedungan (daripada individu lain tetapi spesies yang sama), pemindahan singeneik (cantuman yang dipindahkan antara dua individu yang serupa secara genetik serta daripada spesies yang sama) dan penxenocedungan (daripada spesies lain).
Antara contoh biasa yang berlaku ialah penyingkiran sekeping tulang (biasanya dari pinggul) dan dikisar menjadi pes untuk pembinaan semula bahagian tulang yang lain.
Pengautocedungan, walaupun paling biasa dilakukan dengan darah, tulang, sel tunjang hematopoiesis, atau kulit, boleh digunakan untuk pelbagai jenis organ. Salah satu contoh yang jarang berlaku ialah pengautocedungan buah pinggang dari satu sisi badan ke sisi yang lain. Pengautocedungan buah pinggang digunakan sebagai rawatan untuk sindrom perekah kacang (nutcracker syndrome).[3]