Pengawal Pantai Georgia | |
---|---|
![]() Lambang kebesaran Pengawal Pantai Georgia[1] | |
![]() | |
![]() | |
Gambaran keseluruhan agensi | |
Ditubuhkan | 16 Julai 1998 |
Agensi terdahulu |
|
Struktur bidang kuasa | |
Bidang kuasa operasi | Georgia (negara) |
Bidang kuasa pakar |
|
Struktur operasi | |
Ibu pejabat | Pangkalan Tentera Laut Batumi |
Eksekutif agensi |
|
Kemudahan | |
Kapal | 44 buah kapal |
Pengawal Pantai Georgia (Georgia: საქართველოს სანაპირო დაცვა) adalah cabang maritim dalam Polis Sempadan Georgia, yang terletak dalam Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab untuk melindungi seluruh sempadan maritim sepanjang 310 km (190 bt) garis pantai di Georgia, selain perairan wilayah Georgia. Misi-misi utamanya adalah pentadbiran perairan wilayah, melindungi pencemaran marin, menguatkuasa undang-undang maritim, mencari dan menyelamat, keselamatan pelabuhan dan pertahanan maritim. Bekas Tentera Laut Georgia diserap masuk ke dalam Pengawal Pantai pada tahun 2009.
Tentera Laut Georgia (Pasukan Laut Georgia; Georgian: საქართველოს სამხედრო საზღვაო ძალები, sak’art’velos samkhedro-sazghvao dzalebi) adalah cabang bersenjata di dalam Angkatan Tentera Georgia sehingga tahun 2009, apabila ia digabungkan dengan Pengawal Pantai dan dipindahkan ke dalam Kementerian Daalm Negeri. Sebelum Perang Ossetia Selatan 2008, Tentera Laut Georgia terdiri daripada 19 buah kapal dan 531 orang anggota di mana 181 adalah pegawai, 200 orang pegawai tak bertauliah, 114 orang kerahan dan 36 orang awam.[perlu rujukan]
Ibu pejabat dan pangkalan Pengawal Pantai utama terletak di pelabuhan Poti, di pantai Laut Hitam. Pangkalan kedua yang lebih kecil terletak di Batumi, Adjaria. Selain pasukan bersenjata yang berpangkalan di Poti, Pengawal Pantai juga terdiri daripada satu detasmen khas anti-pengganas. Stesen radar pengawasan maritim pula terletak di Anaklia, Poti, Supsa, Chakvi, dan Gonio, yang mengawasi keseluruhan perairan laut.