Pengawal Swiss

Seorang Pengawal Swiss yang bertugas di Basilika St. Peter, Kota Vatikan.

Pengawal Swiss (Jawi: ڤڠاول سويسس; Latin: Custodes Helvetici; Itali: Guardie Svizzere) merupakan tentera upahan Swiss yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi, pasukan istiadat dan penjaga istana di berbagai kawasan di Eropah sejak abad ke-15. Selain daripada unit pengawal peribadi dan penjaga istana, tentera upahan Swiss juga berkhidmat sebagai tentera barisan hadapan terutamanya bagi Perancis, Sepanyol dan Naples hingga abad ke19. Pasukan ini mempunyai reputasi sebagai pasukan yang sangat berdisiplin dan setia kepada pihak yang mengupah mereka dan pasukan ini pernah bertempur dengan beberapa teknik peperangan seperti medan tombak.

Unit pengawal Swiss yang terawal ditubuhkan secara tetap adalah Pengawal Seratus Swiss (Cent Suisses), yang berkhidmat kepada kerabat diraja Perancis dari 1490 sehingga 1817. Unit kecil ini menjadi lengkap pada 1567 oleh rejimen Pengawal Swiss. Pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19, beberapa unit Pengawal Swiss ditubuhkan bagi beberapa kerabat diraja Eropah.

Pengawal Swiss Paus (kini di Kota Vatikan) telah ditubuhkan pada 1506 dan ia merupakan satu-satunya pasukan Pengawal Swiss yang masih wujud sehingga ke hari ini, dimana ia adalah salah satu unit ketenteraan yang tertua di dunia. Pada abad ke-18 beberapa unit Pengawal Swiss yang lain juga dibentuk dan tinggal di pelbagai istana monarki Eropah.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne