Pengeboman strategik semasa Perang Dunia II adalah serangan udara yang berpanjangan terhadap jalan keretapi, pelabuhan, bandar-bandar, perumahan pekerja dan orang awam, dan kawasan industri dalam wilayah musuh semasa Perang Dunia II. Pengeboman strategik ialah strategi ketenteraan yang berbeza dari sokongan udara dekat untuk angkatan darat dan kuasa udara taktikal.[20] Semasa Perang Dunia II, ia diyakini oleh ramai strategis tentera bahawa kekuatan udara dapat menjamin kemenangan besar dengan menyerang infrastruktur industri dan politik, dan bukannya sasaran tentera semata-mata.[21] Pengeboman strategik sering melibatkan kawasan pengeboman yang dihuni oleh orang awam dan beberapa kempen sengaja dirancang untuk mensasarkan penduduk awam supaya dapat menggerunkan mereka dan mengganggu aktiviti biasa mereka. Undang-undang antarabangsa pada awal Perang Dunia II tidak secara khusus melarang pengeboman udara di bandar-bandar walaupun sebelumnya terdapat pengeboman seperti itu semasa Perang Dunia I, Perang Saudara Sepanyol,dan Perang China-Jepun Kedua.
Pengeboman strategik semasa Perang Dunia II bermula pada 1 September 1939 apabila Jerman menceroboh Poland dan Luftwaffe (Tentera Udara Jerman) mula mengebom bandar-bandar dan penduduk awam di Poland dalam kempen pengeboman udara.[22] Ketika perang terus berlanjutan, pengeboman oleh Kuasa Paksi dan Pihak Bersekutu meningkat dengan ketara. Tentera Udara Diraja mula mengebom sasaran tentera di Jerman, seperti dermaga dan limbungan kapal, pada Mac 1940, dan mula mensasarkan Berlin pada Ogos 1940.[23] Pada September 1940, pihak Luftwaffe mula mensasarkan bandar-bandar British dalam kempen The Blitz.[24] Selepas bermulanya Operasi Barbarossa pada Jun 1941, Luftwaffe menyerang bandar-bandar Soviet dan infrastruktur. Dari Februari 1942 ke atas, kempen pengeboman British terhadap Jerman menjadi kurang ketat dan menambah sasaran ke atas tapak industri dan kawasan awam.[25][26] Apabila Amerika Syarikat memulakan misi pengeboman udara terhadap Jerman, ia memperkuatkan usaha ini dan pengeboman api yang kontroversi telah dilakukan ke atas Hamburg (1943), Dresden (1945), dan bandar-bandar Jerman yang lain.[27]
Kesan pengeboman strategik banyak diperdebatkan semasa dan selepas peperangan.[29][30][31][32] Kedua-dua Luftwaffe dan RAF gagal memberikan pukulan kalah mati dengan memusnahkan moral musuh. Namun, ada yang berpendapat bahawa pengeboman strategik sasaran bukan tentera dapat mengurangkan kapasiti industri dan pengeluaran musuh[33][34] dan dalam pendapat para pendukung di zaman antara perang, penyerahan kalah Jepun mewajarkan pengeboman strategik.[35] Jumlah kematian akibat pengeboman strategik cukup besar, bukan hanya dari segi pengeboman tetapi juga kehilangan kru udara. Beratus-ratus ribu atau sejuta orang awam terkorban, berjuta-juta orang lagi hilang tempat tinggal, dan banyak atau sebahagian besar bandaraya utama musnah, terutamanya di Eropah dan Asia.
^André Corvisier (1994). A Dictionary of Military History and the Art of War, Blackwell Publishing, ISBN0-631-16848-6. "Germany, air battle (1942–45)" by P. Facon and Stephen J. Harris p. 312
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama France
^ abKiradzhiev, Svetlin (2006). Sofia 125 Years Capital 1879-2004 Chronicle (dalam bahasa Bulgaria). Sofia: IK Gutenberg. m/s. 196. ISBN954-617-011-9.
^E. Bruce Reynolds, "Aftermath of Alliance: The Wartime Legacy in Thai-Japanese Relations", Journal of Southeast Asian Studies, v21, n1, March 1990, pp. 66–87.
^R.J. Overy, The Air War. 1939–1945 (1980) pp. 8–14
^Tami Davis Biddle, "British and American Approaches to Strategic Bombing: Their Origins and Implementation in the World War II Combined Bomber Offensive", Journal of Strategic Studies (1995) 18#1 pp 91–144
^J.K. Galbraith, "The Affluent Society", chapter 12 "The Illusion of National Security", first published 1958. Galbraith was a director of the U.S. Strategic Bombing Survey.
^Williamson Murray, Allan Reed Millett, "A War To Be Won: fighting the Second World War", p. 319