Pengepungan Malta (1565)

Pengepungan Malta
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah-Habsburg

Pengepungan Malta oleh Matteo Pérez de Alesio
Tarikh18 Mei – 11 September 1565
(3 bulan, 3 minggu dan 3 hari)
Lokasi
Keputusan Kemenangan tentera Kristian
Pihak yang terlibat
Empayar Uthmaniyyah
Komandan dan pemimpin
Kekuatan
35,000/36,000-40,000 6,100 (9,000 bersama bantuan penduduk setempat)
Kerugian dan korban
25,000[1]-35,000 terkorban ketika pertempuran dan akibat wabak[2][3] 2,500 tentera
7,000 orang awam

Pengepungan Malta berlaku pada tahun 1565 apabila Empayar Uthmaniyah cuba untuk menawan Pulau Malta yang diperintah oleh Kesateria Hospital. Kesateria tersebut terdiri daripada 2,000 tentera dan 400 penduduk asal Malta berjuang menentang pencerobohan dan serangan musuh. Kejayaan mereka telah disambut dengan meriah pada masa itu di Eropah. Voltaire pernah menyebut, "Tidak ada yang lebih mahsyur daripada pengepungan Malta". Tidak dinafikan bahawa kejayaan ini telah menyumbang kepada pengikisan tanggapan Eropah yang tinggi terhadap keunggulan Uthmaniyah. Bahkan, ia telah menandakan satu fasa baru bagi penguasaan Sepanyol di Mediterranean.[4][halaman diperlukan]

Peristiwa ini merupakan kemuncak kepada persaingan perikatan Kristian dan Empayar Uthmaniyah untuk menguasai Mediterranean dan persaingan ini merangkumi serangan Uthmaniyah ke atas Malta pada tahun 1551, kejayaan Uthmaniyah menumpaskan armada perikatan Kristian dalam Pertempuran Djerba pada tahun 1560 dan peristiwa penting Pertempuran Lepanto pada tahun 1571.

  1. ^ Arnold Cassola, The 1565 Great Siege of Malta and Hipolito Sans's La Maltea (Publishers Enterprise Group: Malta, 1999).
  2. ^ name=SOM
  3. ^ name="Giacomo Bosio 1643"
  4. ^ Fernand Braudel, The Mediterranean and the Mediterranean World in the Age of Philip II, vol. II (University of California Press: Berkeley, 1995).

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne