Penghantaran automatik

Tombol gear automatik pada kereta Ford Five Hundred.
Jenis transmisi
Manual

Tidak segerak
Automatik

Separa automatik

Boleh laras berterusan
Gear basikal

Penghantaran automatik adalah sistem kotak gear automotif yang boleh menukar gear secara automatik semasa kenderaan sedang bergerak tanpa memerlukan pemandu untuk menukar gear secara manual. Kebanyakan model kereta yang dijual di Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan baru-baru ini di Malaysia menggunakan penghantaran automatik.

Pada awalnya, kereta dengan penghantaran automatik kurang berkuasa, mempunyai kadar pecutan yang lambat, mempunyai nisbah gear yang sedikit serta tidak menjimatkan minyak berbanding penghantaran manual, namun kemajuan teknologi automotif telah menjadikan penghantaran automatik kini lebih menjimatkan minyak. Sungguhpun demikian, penghantaran automatik masih tidak dapat menandingi penghantaran manual dari segi kecekapan kuasa, pecutan, kelajuan maksimum dan penjimatan minyak.

Secara lazimnya, penghantaran automatik merujuk kepada sistem yang menggunakan set gear planetari dan dikendalikan oleh sistem hidraulik. Sistem tersebut banyak digunakan pada kereta (dan sebahagian kecil kenderaan berat) yang menggunakan penghantaran automatik. Jenis-jenis lain bagi penghantaran automatik termasuklah penghantaran automasi manual (AMT) seperti yang digunakan oleh kereta Proton Savvy, serta transmisi boleh laras berterusan (CVT) yang banyak digunakan pada skuter dan sesetengah model kereta.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne