Penghidrogenan atau hidrogenasi ialah tindak balas kimia antara molekul hidrogen (H2) dan satu lagi sebatian atau unsur, biasanya dengan kehadiran pemangkin seperti nikel, paladium atau platinum. Proses ini dilakukan untuk mengurangkan atau menepukan sebatian organik, biasanya melalui penambahan ikatan pasangan atom hidrogen kepada molekul, terutamanya alkena. Pemangkin diperlukan agar tindak balas boleh berlaku pada suhu yang jauh lebih rendah berbanding tindak balas yang tidak menggunakan bahan sedemikian (yakni, pada suhu yang sangat tinggi). Penghidrogenan mengurangkan ikatan ganda dua dan tiga dalam hidrokarbon [1]