Kedudukan penjaga gawang[1] atau penjaga gol[2] (bahasa Inggeris: goalkeeper , sering diringkaskan kepada keeper) dalam sukan bola sepak mewakili barisan akhir pertahanan antara serangan lawan dan gol pasukannya di hadapan gawang hujung sisi pasukannya sendiri.
Peranan utama kedudukan ini adalah untuk mempertahankan gol pasukannya dan juga lawan daripada menjaringkan gol. Penjaga juga adalah satu-satunya pemain yang dibenarkan untuk memegang bola dengan tangan atau lengannya dalam permainan terbuka. Setiap pasukan diwajibkan mempunyai satu penjaga gol di padang pada ketika semasa suatu perlawanan berlangsung. Jika penjaga terpaksa keluar disebabkan kecederaan atau dibuang padang, pemain lain mesti mengambil peranan berkenaan, walaupun pasukan tersebut tidak mempunyai penjaga gol gantian/atau sudah menggunakan kesemua penggantian yang diperuntukkan.
Pemegang posisi sering ditandakan dengan kependekan GK pada kad barisan mula, laporan perlawanan, dan sarikata TV; malah jersi nombor 1 biasanya dikhaskan kepada penjaga gol dalam sesebuah pasukan sekiranya sistem penomboran skuad tidak diamalkan.
1. dua tiang terpancang yg disambung di atasnya dgn kayu palang; 2. tiang gol (utk bola sepak dll); penjaga ~ penjaga gol.Contoh-contoh lain di akhbar se-Nusantara:
Berita baik kepada semua penjaga gawang tempatan yang berusia di antara enam hingga 16 tahun...Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)|dead-url=
(bantuan)|dead-url=
(bantuan)Kyaw melepasi penjaga gawang Singa Hassan Sunny pada minit ke-67 untuk menghasilkan gol kedua Myanmar.Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)penjaga (pintu) gol dlm permainan bola sepak dll.