PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
كوستا Kusta Leprosy | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | A30 |
ICD-9 | 030 |
OMIM | 246300 |
P. Data Penyakit | 8478 |
MedlinePlus | 001347 |
eMedicine | med/1281 derm/223 neuro/187 |
MeSH | D007918 |
Penafian perubatan |
Penyakit kusta ataupun juga ia boleh dikenali sebagai penyakit Hansen juga Leprosy, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae. Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium leprae, G. A. Hansen. Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta.
Permulaanya ia merupakan penyakit granuloma kepada saraf periferi dan membran mukosa yang berada di trek pernafasan atas; kudis kulit adalah tanda awal luaran.[1] Jika tidak dirawat atau dilengah-lengahkan rawatan, serangan kusta boleh jadi lebih progresif, menyebabkan kerosakan kekal pada kulit, saraf, otot dan mata. Berbanding cerita-cerita rakyat, kusta tidak menyebabkan seluruh bahagian badan jatuh, walaupun ia menyebabkan bahagian organ badan kebas atau menyebabkan penyakit dari jangkitan; perkara-perkara ini berlaku apabila sistem pertahanan tubuh semulajadi telah diserang oleh penyakit awal.[2][3] Jangkitan kedua, boleh menyebabkan kehilangan tisu organ, menyebabkan jari dan ibu jari menjadi lebih pendek dan terbantut, disebabkan kartilej disedut oleh badan.[2][3][4]
Pada tahun 1995, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan diantara 2 hingga 3 juta orang telah mengalami masalah kecacatan kekal disebabkan kusta dalam satu-satu masa.[5] 20 tahun yang lepas, 15 juta orang seluruh dunia telah pulih dari jangkitan kusta.[6]
Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan. Pesakit kusta akan disingkir dan diasingkan di penempatan kusta. Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai antibiotik. Cabaran utama bagi usaha menghapuskan penyakit kusta adalah untuk sampai kepada penduduk yang masih belum menerima perkhidmatan terapi pelbagai dadah, memperbaiki pengesanan penyakit, dan membekalkan pesakit dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan dadah yang murah.
Selain manusia, haiwan lain yang diketahui mengidap kusta adalah armadilo.(baca: tenggiling eksotik)
|oclc=
value (bantuan).CS1 maint: multiple names: authors list (link)
|month=
ignored (bantuan)
|isbn=
value: invalid character (bantuan).
Do fingers and toes fall off when someone gets leprosy? No. The bacillus attacks nerve endings and destroys the body's ability to feel pain and injury. Without feeling pain, people injure themselves on fire, thorns, rocks, even hot coffee cups. Injuries become infected and result in tissue loss. Fingers and toes become shortened and deformed as the cartilage is absorbed into the body.