Perang Khaibar

Perang Khaibar
Sebahagian daripada Kempen Nabi Muhammad (SAW)
Tarikh629 M
Lokasi
Keputusan Kemenangan Muslim
Pihak yang terlibat
Tentera Muslim Yahudi oasis Khaibar
Komandan dan pemimpin
Nabi Muhammad (SAW), Sayidina Ali bin Abi Talib al-Harith ibn Abu Zainab[1] Marhab Bin Abu Zainab[1]
Kekuatan
1,600

Khaybar 10,000[2]

Bani Ghatafan 4,000[2]
Kerugian dan korban
Kurang 20 korban[3]
50 cedera
93 korban


Perang Khaibar berlaku dalam tahun 629 M antara Nabi Muhammad (SAW) dan pengikut baginda menentang penduduk Yahudi di oasis Khaibar yang terletak 93 batu (150 km) dari Madinah di Hijaz, Mengikut sumber-sumber Muslim, orang-orang Islam menyerang tentera Yahudi yang berperang dengan kelebihan berlindung dari dalam kubu mereka.[4] Peperangan itu berlaku disebabkan terdapatnya perancangan penduduk Yahudi Khaibar yang terdiri daripada Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan beberapa kabilah Yahudi yang lain untuk berpakat dengan kaum Yahudi lain termasuk Wadi Qurra, Taima', Fadak dan Kabilah Arab Ghafatan bagi menyerang Madinah. Nabi Muhammad (SAW) bertindak pantas menakluk kota Khaibar terlebih dulu sebelum Yahudi Khaibar sempat berpakat dengan kabilah-kabilah lain untuk menyerang Madinah.[5]

Sejarawan dan Orientalis berbangsa Scotland, W Montgomery Watt pula berpendapat bahawa Bani Nadhir, satu puak Yahudi yang menghasut orang Arab agar menentang Nabi Muhammad dan masyarakat Islam di Madinah, tinggal di Khaibar. LC Vaglieri, seorang Orientalis Itali, mendakwa bahawa serangan itu didorong oleh keinginan orang Islam untuk mengharumkan nama mereka serta mendapat jarah yang mungkin boleh digunakan bagi kempen-kemprn pada masa masa depan, mahupun beliau bersetuju dengan pendapat Watt tentang Bani Nadhir.[6][7]

Yahudi Khaibar menyerah kalah tetapi dibenarkan kekal menduduki Khaibar dengan syarat mereka menyerahkan setengah daripada hasil mereka kepada orang Islam. Orang Yahudi kekal tinggal di oasis itu buat beberapa tahun sehinggalah pada akhirnya mereka diusir oleh Khalifah Umar Farouk. Ufti yang dikenakan terhadap penduduk Khaibar menjadi contoh pembayaran jizyah oleh kaum dhimmi yang terkandung dalam hukum Syariah bagi orang bukan Islam yang tinggal di jajahan Islam.[6][8][9] Sebagai balasan, orang Kafir dibenarkan mengamal agama serta megurus hal ehwal masyarakat mereka, berhak mendapat perlindungan pihak berkuasa Islam daripada kekerasan luaran, dan dikecualikan daripada perkhidmatan tentera serta tidak dikenakan zakat, yang diwajibkan ke atas orang Islam.

  1. ^ a b http://www.islamstory.com/غزوة-خيبر-1-2
  2. ^ a b Lings (1983), p. 264
  3. ^ Lings (1983), p. 255-6
  4. ^ "Ali". Encyclopædia Britannica Online. |access-date= requires |url= (bantuan)
  5. ^ Novel Sejarah Islam: Perang Khaibar karya Abdul Latip Talib, 2011
  6. ^ a b Veccia Vaglieri, L. "Khaybar", Encyclopaedia of Islam
  7. ^ Stillman 19
  8. ^ Stillman 18–19
  9. ^ Lewis 10

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne