Perang Ossetia Selatan 2008 | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Konflik Georgia-Ossetia dan Konflik Georgia-Abkhazia | |||||||||
Lokasi Georgia (termasuk wilayah-wilayah pemisah Abkhazia dan Ossetia Selatan) dan kawasan Kaukasus Utara yang dinaungi Rusia | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Republik Ossetia Selatan (tidak diiktiraf) Persekutuan Rusia Republik Abkhazia (tidak diiktiraf) |
Georgia MPRI[1] | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Eduard Kokoity Dmitry Medvedev Anatoly Khrulyov Vladimir Shamanov Marat Kulakhmetov Vyacheslav Borisov Sulim Yamadayev Sergei Bagapsh |
Mikheil Saakashvili Davit Kezerashvili Zaza Gogava | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
3,000-15,000[3] ~15,000[4] [5][6][7] kebanyakannya dari Ossetia Utara-Alania n/a. |
37,000[8] "Ramai" sukarelawan dari Georgia.[9] Bilangan kecil sukarelawan Georgia dari Azerbaijan dilaporkan[10] | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Terkorban: 74 askar Cedera: 171 Hilang: 19 [11] 4 pesawat hilang[12] Bilangan sukarelawan hilang tidak diketahui n/a Anggaran Georgia: 400 mati[13] |
Disahkan Georgia: | ||||||||
Korban orang awam tidak diketahui (Rusia mendakwa asalnya lebih 2,000 orang awam terbunuh di Ossetia Selatan,[16] tetapi ini disangkal dan disangsi oleh penyiasat Human Rights Watch[17]) | |||||||||
Sekurang-kurangnya 118,000 hilang tempat tinggal, termasuk 56,000 pelarian dari kota Gori, Georgia, menurut UNHCR.[18][19] Menurut Rusia, 30,000 orang awam berlari ke Rusia dari Ossetia Selatan (menurut HRW, ada yang kembali sebagai sukarelawan bersenjata).[6][20] |
Perang Ossetia Selatan 2008 merupakan perang darat, udara dan laut yang melibatkan negara Georgia, Persekutuan Rusia dan republik Ossetia Selatan dan Abkhazia yang ingin berpisah dari Georgia. Perang ini bermula pada 8 Ogos 2008 dan secara besarnya berakhir pada 14 - 16 Ogos 2008 dengan gencatan senjata. Perang tercetus setelah perjanjian gencatan senjata antara Georgia dan Ossetia Selatan tidak dapat bertahan (kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain atas kegagalan gencatan senjata), lalu Georgia menceroboh Ossetia Selatan dengan bala tentera yang besar yang meranapkan kota Tskhinvali. Seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan Georgia berkata negaranya hendak "memulihkan perintah berperlembagaan" terhadap kawasan Ossetia Selatan.[21] Kerajaan Georgia berkata tenteranya telah dikerah untuk menamatkan bedilan puak pemisah Ossetia Selatan terhadap orang awam Georgia.[22]
Rusia bertindak balas pada hari kemudian dengan mengerahkan tenteranya ke Ossetia Selatan, agar mengusir tentera Georgia dari Tskhinvali sambil meneruskan pengeboman sasaran dan prasarana tentera Georgia. Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin menyatakan bahawa Georgia sedang "menghapuskan rakyat sendiri" sementara Presiden Dmitry Medvedev menyatakan bahawa tujuan negaranya adalah "untuk memaksa pihak Georgia agar beraman", serta beliau "wajar melindungi nyawa dan maruah warga Rusia di mana jua mereka berada," iaitu menyentuh pasukan pengaman Rusia (yang turut mengalami kematian akibat serangan Georgia) dan mungkin juga kira-kira 90% penduduk awam di Ossetia Selatan yang memegang pasport Rusia.[23] Rusia kemudian turut memasuki Georgia.