Perang Sambungan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Medan Timur Perang Dunia II | |||||||||
Askar Finland bertahan di Garis-VT semasa Penyerangan Vyborg–Petrozavodsk Soviet pada Jun 1944 | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Finland Jerman Nazi Itali[Note 1] |
Kesatuan Soviet United Kingdom[Note 2] | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Kekuatan | |||||||||
Jumlah: 450,000 askar Finland[8] Kemuncak: 700,000 askar Finland[8] 1941: 67,000 askar Jerman[9] 1944: 214,000 askar Jerman[9] 2,000 sukarelawan Estonia 1,000 sukarelawan Sweden 99 anggota sukarelawan Itali |
Jumlah: 900,000–1,500,000[10] Jun 1941: 450,000[11] Jun 1944: 650,000[12] | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
|
The Perang Sambungan, juga dikenali sebagai Perang Soviet-Finland Kedua, adalah konflik yang diperjuangkan oleh Finland dan Jerman Nazi, terhadap Kesatuan Soviet (USSR) dari tahun 1941 hingga 1944, sebagai sebahagian daripada Perang Dunia II.[Note 3] Dalam pensejarahan Soviet, peperangan ini dipanggil Perang Patriotik Besar Medan Finland.[Note 4] Pihak Jerman menganggap operasinya di kawasan ini sebagai sebahagian daripada usaha keseluruhan perang di Barisan Timur dan menyediakan Finland dengan bantuan material yang penting dan sokongan ketenteraan, termasuk bantuan ekonomi.[19]
Perang Sambungan bermula 15 bulan selepas berakhirnya Perang Musim Sejuk, juga melibatkan Finland dan KRSS. Terdapat banyak alasan yang diusulkan oleh serangan Finland, untuk mendapatkan balik wilayah yang hilang semasa Perang Musim Sejuk. Justifikasi lain untuk konflik tersebut merangkumi visi Presiden Ryti tentang Finland Raya dan keinginan Panglima Tertinggi Mannerheim untuk mengilhak Karelia Timur. Rancangan untuk serangan itu dijalankan bersama Wehrmacht dan puak-puak pemimpin politik dan tentera Finland bersama pegawai kerajaan lain. Meskipun terdapat kerjasama dalam konflik ini, Finland tidak pernah menandatangani Pakatan Tiga Pihak secara formal, walaupun mereka menandatangani Pakatan Anti-Comintern. Kepimpinan Finland menyatakan pakatan mereka dengan Jerman sebagai mempertahankan diri.
Pada Jun 1941, dengan bermulanya pencerobohan Jerman ke atas Soviet Union, Angkatan Bersenjata Finland melancarkan serangan selepas daripada serangan udara oleh Soviet. Menjelang September 1941, Finland menawan semula konsesi pasca–Perang Musim Sejuknya kepada Soviet Union: iaitu Segenting Karelian dan Ladoga Karelia. Namun, Tentera Darat Finland meneruskan serangan melewati sempadan pra-1939 dengan penaklukan Karelia Timur, termasuk Petrozavodsk, dan hanya berhenti sekitar 30–32 km (19–20 bt) dari pusat Leningrad, di mana mereka terlibat dalam mengepung bandar tersebut dengan memotong laluan bekalan utaranya dan bertahan sehingga tahun 1944.[Note 5] Di Lapland, tentera bersama Jerman–Finland gagal menawan Murmansk atau memintas Landasan Keretapi Kirov (Murmansk), laluan transit untuk peralatan pinjam sewa ke KRSS. Konflik tersebut stabil dengan hanya pertempuran kecil sehingga gelombang peperangan beralih melawan Jerman dan penyerangan strategik Soviet di Vyborg–Petrozavodsk pada Jun 1944. Serangan itu menolak askar Finland keluar dari sebahagian besar wilayah yang mereka tawan semasa peperangan, tetapi tentera Finland menghentikan gerakan serangan tersebut pada Ogos 1944.
Permusuhan antara Finland dan KRSS berakhir dengan gencatan senjata, yang bermula pada 5 September 1944, disahkan oleh tandatangan Peletakan Senjata Moscow pada 19 September 1944. Salah satu syarat perjanjian ini ialah pengusiran, atau pelucutan senjata, mana-mana tentera Jerman dalam wilayah Finland, yang menyebabkan berlakunya Perang Lapland antara Finland dan Jerman. Perang Dunia II telah ditamatkan secara rasmi oleh Finland dan kuasa-kuasa kecil Paksi dengan penandatanganan Perjanjian Damai Paris pada tahun 1947. Perjanjian tersebut mengesahkan penyerahan wilayah dari peletakan senjata 1944: pengembalian sempadan seperti Perjanjian Damai Moscow tahun 1940, penyerahan bandar Petsamo (Rusia: Пе́ченгский райо́н , Pechengsky raion) dan pajakan Semenanjung Porkkala kepada KRSS. Tambahan lagi, Finland dikehendaki membayar $300 juta dalam ganti rugi perang kepada KRSS, memikul sebahagian tanggungjawab peperangan, dan mengakui bahawa ia telah menjadi sekutu Jerman.[28][29]
Jumlah kematian adalah 63,200 Finland dan 23,200 Jerman mati atau hilang dalam peperangan, selain 158,000 dan 60,400 cedera. Anggaran rakyat Soviet yang mati atau hilang sekitar 250,000 hingga 305,000 orang manakala 575,000 dianggarkan cedera atau jatuh sakit.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama MAS
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sturtivant
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Benedict
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Krivosheev
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
The ensnaring of Leningrad between the German and Finnish armies did not end the combat in the region as the Soviets launched repeated and desperate attempts to regain contact with the city.
While the exact number who died during the siege by the German and Finnish armies from 8 September 1941 to 27 January 1944 will never be known, available data point to 900,000 civilian deaths, over half a million of whom died in the winter of 1941–2 alone.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Paris
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "Note", tetapi tiada tag <references group="Note"/>
yang berpadanan disertakan