Perbincangan:Pilihan raya umum Malaysia 2008

Isu Ketua Menteri Pulau Pinang dari kalangan Melayu telah lama menjadi isu di kalangan pembangkang sejak dahulu lagi. Ini kerana bilangan kerusi yang majoritinya Melayu dikatakan lebih daripada Cina dan India. Malekhanif 18:56, 2 Mac 2008 (UTC)[balas]

Saya rasa sebelum parti Gerakan memasuki Barisan Nasional dahulu. Mungkin, mereka pernah membuat rundingan sesama sendiri kot, yang mana jika parti Gerakan menyertai Barisan Nasional maka jawatan mutlak bagi Ketua Menteri Pulau Pinang berada di tangan pemimpin parti Gerakan meskipun parti MCA, MIC, UMNO menang lebih banyak kerusi daripada parti Gerakan pada satu-satu pilihan raya itu(jika Barisan Nasional menang, maka pernyataan berkenaan digunapakai). Akan tetapi, jika parti pembangkang yang menang lebih banyak kerusi daripada BN pada sesuatu pilihan raya maka parti pembangkanglah yang berhak menjadi pemimpin tertinggi kerajaan Pulau Pinang dan parti Gerakan tidak boleh berbuat apa-apa pada masa itu. Seperti yang tidak boleh diubah lagi mungkin perkara itu boleh berakhir jika parti Gerakan keluar daripada Barisan Nasional maka akan berlaku perubahan ataupun mungkin kekal buat selama-lamanya, kot. Mengenai isu orang Melayu tak boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang pulak, sememangnya parti UMNO, MCA, MIC tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jika orang Melayu inginkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, tak perlulah semua berkumpul masuk UMNO. Sebaliknya masuk ke setiap parti yang ada di Malaysia terutama parti Gerakan jika inginkan anak Melayu memimpin Pulau Pinang. Jangan sesekali berpendapat bahawa kaum Tionghua sahaja yang berhak memasuki parti Gerakan. Sebaliknya, visi awal penubuhan menegaskan parti ini boleh disertai semua kaum dan tidak terhad kepada satu kaum sahaja dan juga jangan beranggapan bahawa jika anda orang Melayu - UMNO, orang Cina - MCA, orang India - MIC. Sebenarnya perspektif begitu patut dilenyapkan dan anda perlu berfikiran matang, bijak, dan positif jika inginkan sesuatu pencapaian yang membanggakan. — Didie (bincang) 01:24, 3 Mac 2008 (UTC)[balas]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne