Perdana Menteri Republik Armenia Հայաստանի Հանրապետության վարչապետ | |
---|---|
Anggota bagi | Cabinet of Armenia (en) |
Bidang kuasa | Armenia |
Kediaman | Kediaman Perdana Menteri |
Pusat | Yerevan |
Dilantik oleh | Perhimpunan Kebangsaan |
Tempoh jawatan | Tiada had tempoh Pilihan raya parlimen kepada Perhimpunan Kebangsaan diadakan paling-paling setiap lima tahun. Selepas pilihan raya, Perdana Menteri dan Kabinet meletakkan jawatan dan Perhimpunan Kebangsaan yang baru dilantik meluluskan Perdana Menteri. |
Penjawat sulung | Hovhannes Kajaznuni |
Dibentuk | 30 Jun 1918 |
Senarai | List of Prime Ministers of Armenia (en) |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Templat:Politics of Armenia Perdana Menteri Armenia ialah ketua dan menteri paling kanan dalam pemerintah Armenia, dan diperlukan mengikut perlembagaan untuk "menentukan hala utama dasar Pemerintah, mengurus kegiatan Pemerintah dan menyelaraskan kerja ahli-ahli Pemerintah." Juga, menurut perlembagaan, Perdana Menteri mengetuai Majlis Keselamatan, yang menetapkan hala utama dasar pertahanan negara[1]. Di bawah perlembagaan 2015 yang baharu, Perdana Menteri ialah orang yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam politik Armenia. Penjawat Perdana Menteri dilantik oleh Presiden Armenia, namun boleh dibuang daripada jawatan oleh undi tidak percaya dalam Parlimen. Dalam referendum perlembagaan yang diadakan pada tahun 2015, rakyat mengundi berpihak kepada memindah Armenia kepada republik berparlimen.
Jawatan Perdana Menteri pertama kali diwujudkan pada tahun 1918 dengan penubuhan Republik Pertama Armenia. Jawatan ini lenyap apabila Republik Pertama Armenia digabungkan ke dalam Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia. Apabila Armenia mendapat balik kemerdekaannya, jawatan Perdana Menteri telah diperkenalsemulakan.