Perdana Menteri Malaysia | |
---|---|
ڤردان منتري مليسيا | |
Malaysia | |
Pejabat Perdana Menteri Jabatan Perdana Menteri | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Anggota bagi | Kabinet Malaysia |
Lapor kepada | Parlimen Malaysia |
Bidang kuasa | Malaysia |
Institusi | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Kediaman | Seri Perdana |
Pusat | Perdana Putra, Putrajaya |
Penama | Dewan Rakyat Malaysia |
Dilantik oleh | Yang Di-Pertuan Agong |
Tempoh jawatan | 5 tahun, ataupun mengikut sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia selagi masih memiliki kepercayaan |
Penjawat sulung | Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
Dibentuk | 31 Ogos 1957 |
Timbalan/naib | Timbalan Perdana Menteri Malaysia |
Gaji | RM22,826.65 sebulan [1] RM273,919.80 setahun |
Senarai | Senarai Perdana Menteri Malaysia |
Tapak web | Tapak web rasmi |
sunting · sunting di Wikidata |
Pilihan Raya Perdana Menteri Malaysia
Menteri Kewangan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ketua Pembangkang
Parti politik Keluarga
|
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Perdana Menteri Malaysia (Jawi: ڤردان منتري مليسيا ) ialah ketua kerajaan Malaysia. Perdana menteri mengarahkan cabang eksekutif kerajaan persekutuan. Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri yang merupakan ketua parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum.
Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri hanya berasal daripada parti UMNO, salah satu parti politik terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Parti Perikatan hingga 1974). Tetapi pada 2018, jawatan Perdana Menteri disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7
Kabinet Malaysia 2018 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Mahathir Ketujuh (Mahathir VII) merupakan kabinet yang pertama dibentuk selain tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) setelah 61 tahun susulan kegagalan parti tersebut untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya ke-14.
Susulan krisis politik negara 2020 atau lebih dikenali sebagai Langkah Sheraton, landskap politik telah berubah secara keseluruhan. Kabinet Malaysia 2020 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Muhyidin Pertama (Muhyiddin I), merupakan kabinet yang pertama dibentuk melalui pertukaran kerajaan tanpa melalui pilihan raya. Peralihan kuasa ini berlaku berikutan perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Muhamad. Kabinet dan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin mendapat tekanan dan tentangan hebat yang mengakibatkan kabinetnya terpaksa dibubarkan sewaktu negara dilanda pendemik COVID 19.
Pada tahun 2021, Kabinet Muhyiddin Pertama (Muhyiddin I) telah dibubarkan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kehilangan sokongan majoriti dari barisan kepemimpinan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Ahmad Zahid Hamidi menyebabkan wujudnya sekali lagi kabinet yang dibentuk melalui pertukaran kerajaan tanpa pilihan raya. Kabinet tersebut dikenali sebagai Kabinet Ismail Sabri Pertama (Ismail Sabri I). Kabinet tersebut tercatat sebagai kabinet kedua di Malaysia yang wujud tanpa melalui pilihan raya. Ia adalah proses normal dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen.