Perdana Menteri Republik Singapura | |
---|---|
Prime Minister of the Republic of Singapore 新加坡共和國總理 சிங்கப்பூர் குடியரசின் பிரதமர் | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Anggota bagi | Kabinet Singapura |
Bidang kuasa | Singapura |
Kediaman | Sri Temasek |
Dilantik oleh | Presiden Republik Singapura |
Tempoh jawatan | Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Parlimen Singapura Pilihan raya umum diadakan lima tahun sekali atau lebih awal |
Penjawat sulung | Lee Kuan Yew |
Dibentuk | 3 Jun 1959 |
Gaji | S$2.2 juta setahun |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Perdana Menteri Singapura ialah ketua kerajaan Republik Singapura dan tokoh politik paling kuat di negara tersebut. Jawatan ini dilantik oleh Presiden Singapura dalam kalangan ahli Parlimen Singapura yang kemungkinan besar akan memegang kepercayaan majoriti anggota sedewan lain. Secara praktiknya, Perdana Menteri yang dipilih biasanya adalah pemimpin parti majoriti di parlimen tersebut.
Jawatan ini diwujudkan ketika Singapura menjadi sebuah wilayah yang memerintah sendiri penuh pada tahun 1959. Lawrence Wong merupakan pemegang terkini jawatan ini sejak 15 Mei 2024.