Perdana Menteri Kerajaan Thailand | |
---|---|
นายกรัฐมนตรีแห่งราชอาณาจักรไทย | |
Pejabat Perdana Menteri
Pemerintah Diraja Thailand | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Status | Ketua negara |
Anggota bagi | Kabinet Thailand |
Lapor kepada | Perhimpunan Kebangsaan |
Bidang kuasa | Thailand |
Kediaman | Rumah Agam Phitsanulok |
Pusat | Rumah Pemerintah |
Dilantik oleh | Raja |
Tempoh jawatan | 4 tahun Tidak lebih daripada 8 tahun secara keseluruhan [1] |
Surat cara pembentukan | Perlembagaan Thailand |
Dibentuk | 28 Jun 1932 |
Pemegang pertama | Phraya Manopakorn Nititada |
Timbalan/naib | Timbalan Perdana Menteri |
Gaji | ฿125,590 bulanan[2] |
Senarai | Senarai Perdana Menteri Thailand |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Perdana Menteri Thailand (Bahasa Thai: นายกรัฐมนตรีไทย ; RTGS: Nayok Ratthamontri Thai) adalah ketua kerajaan Thailand selaku pemimpin yang mengerusi Kabinet negara tersebut.
Jawatan ini mula diwujudkan dengan tertubuhnya kerajaan perlembagaan berikutan Revolusi Siam 1932 yang menghapuskan kerajaan mutlak yang sedia ada di Siam pada ketika itu - ia dahulunya diberi nama "Presiden Jawatankuasa Rakyat " (ประธานคณะกรรมการราษฎร Pràtaan Káná Gammágaan Ratsadon).
Perdana Menteri Thailand yang terkini ialah Paetongtarn Shinawatra sejak 16 Ogos 2024 setelah pemegang jawatan sebelumnya Srettha Thavisin, dilucutkan jawatan pada 14 Ogos 2024 oleh Mahkamah Perlembagaan.