Perhimpunan anti-ICERD 2018 | |||
---|---|---|---|
Sebahagian daripada Sejarah Malaysia | |||
Tarikh | 8 Disember 2018 | ||
Lokasi | Dataran Merdeka, Kuala Lumpur | ||
Punca | Bantahan terhadap ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) | ||
Kaedah | Perhimpunan, solat dan doa, ucapan | ||
Pihak terlibat | |||
Tokoh dan pemimpin utama | |||
| |||
Bilangan | |||
|
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Perhimpunan Anti-ICERD (Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum) atau Himpunan Aman Bantah ICERD atau Perhimpunan 812 (sempena tarikh perhimpunan) ialah sebuah perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia pada 8 Disember 2018. Perhimpunan itu dianjurkan oleh parti politik pembangkang Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), dengan sokongan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.[1]
Perhimpunan itu diadakan sebagai suatu penentangan kepada ratifikasi kerajaan Malaysia mengenai konvensyen PBB yang dikenali sebagai Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD). Para pembangkang dari UMNO dan PAS secara serius menafikan konvensyen itu untuk diratifikasi kerana ia bertentangan dengan perlembagaan, khususnya hak istimewa Melayu dan Bumiputra. Malah kerajaan telah mengumumkan untuk tidak mengesahkan konvensyen itu pada 23 November 2018, tumpuan utama perhimpunan ini ialah untuk meraikan keputusan pemerintah untuk tidak mengesahkan ICERD.[2]