Perikatan Nasional ڤريكتن ناسيونل | |
---|---|
Singkatan | PN |
Pengerusi | Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin |
Setiausaha agung | Dato' Seri Mohamed Azmin Ali |
Jurucakap | Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu |
Timbalan Pengerusi | |
Bendahari Agung | Kosong |
Ketua Wanita | Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin |
Ketua Pemuda | Afnan Hamimi Taib Azamudden |
Ketua Pengarah Pilihan Raya | Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor |
Pengasas | Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin |
Diasaskan | 23 Februari 2020[1] |
Didaftarkan | 7 Ogos 2020[2] |
Disahkan | 14 September 2020[3] (Disahkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai 'parti politik') |
Pecahan | Barisan Nasional (BN) Pakatan Harapan (PH) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) |
Didahului oleh | Persatuan Perikatan Parti Malaysia[4] |
Ibu pejabat | B4-3-1 Urbane Tower 1 Jalan Dutamas 1 Solaris Dutamas 50480 Kuala Lumpur |
Ideologi | Ketuanan Melayu Demokrasi Islam Malaysia Konservatisme nasional |
Kedudukan politik | Tengah kanan ke sayap kanan |
Agama | Islam |
Penggabungan kebangsaan | Arab Saudi |
Warna | Biru Gelap dan Putih |
Slogan | "Mengeratkan perpaduan" (14 September 2020 - 2 Oktober 2020) "Satukan rakyat bersama Perikatan Nasional" (7 Oktober 2020 - 29 Oktober 2022) "Prihatin, Bersih dan Stabil" (sejak 30 Oktober 2022) "Bersama Ke Syurga Pas" (sejak 27 September 2020) |
Lagu parti | Kami Perikatan Nasional |
Dewan Negara | 8 / 70
|
Dewan Rakyat | 74 / 222
|
Dewan Undangan Negeri | 202 / 607
|
Menteri Besar dan Ketua Menteri | 4 / 13
|
Simbol pilihan raya | |
(seluruh Malaysia kecuali Kelantan dan Terengganu) (hanya di Kelantan dan Terengganu) | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
Laman Sesawang Rasmi Perikatan Nasional |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Perikatan Nasional (singkatan: PN) ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada 3 parti komponen. Gabungan ini ditubuhkan rentetan daripada kemelut politik Malaysia dan bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah yang berlaku pada tahun 2020. Parti ini didaftarkan pada 7 Ogos 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan Kabinet Muhyiddin Yassin pada 10 Mac 2020. Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Penubuhan parti ini dipengaruhi oleh Kabinet Muhyiddin Yassin yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020. Gabungan ini didahului oleh Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM).[5]
PN berjaya memenangi 1 kerusi dan menjadi blok kedua terbesar selepas Pakatan Harapan di Dewan Rakyat; dipanggil oleh sebahagian pihak sebagai "Gelombang Hijau". PN di Dewan Rakyat diketuai oleh Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang. PN juga merupakan blok pemerintah di empat buah negeri, iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.