Perikles Pericles | |
---|---|
![]() Patung Perikles | |
Kelahiran | c. 495 SM Athens |
Meninggal dunia | 429 SM Athens |
Kesetiaan | Athens Pruba |
Pangkat | Strategos |
Pertempuran | Pertempuran Sicyon danAcarnania (454 SM) Perang Suci Kedua (448 SM) Pengusiran orang gasar dari Gallipoli (447 SM) Perang Samos (440 SM) Penaklukan Byzantium (438 SM) Perang Peloponesia (431–429 SM) |
Perikles (Bahasa Yunani: Περικλῆς Periklēs [pe.ri.klɛ̂ːs], bahasa Inggeris: Pericles , 495 – 429 SM) ialah seorang negarawan, pemidato dan jeneral Yunani Purba ketika zaman kegemilangannya, yakni selepas Perang Yunani-Parsi hingga ke Perang Peloponnesos.
Perikles memiliki pengaruh yang ketara terhadap masyarakat Athens, sehingga digelar oleh sejarawa, Thoukydides sebagai "rakyat pertama Athens".[1] Beliau menukarkan Liga Delos menjadi sebuah empayar Athens dan mengetuai rakyatnya ketika dua tahun pertama Perang Peloponesia. Zaman pemerintahannya dari 461 hingga 429 SM lazimnya digelar sebagai "zaman Perikles".
Beliau memulakan sebuah rancangan besar yang mewujudkan sebahagian besar Akropolis, termasuk Parthenon. Rancangan ini memperindah ibu kota, mempamerkan kemegahannya dan mewujudkan pekerjaan kepada rakyat.[2] Beliau juga mengemangkan demokrasi Athens sehingga digelar sebagai seorang populis oleh pengkritik. Beliau meninggal dunia pada 429 SM bersama-sama ahli keluarganya dalam Wabak Athens.[3][4]