Perisikan tentera adalah tatatertib tentera yang menggunakan pengumpulan maklumat dan analisis untuk memberi panduan dan hala tuju kepada komander bagi menyokong keputusan mereka. Ini dicapai dengan menyediakan penilaian data dari pelbagai sumber, ditujukan kearah keperluan misi komander atau bertindakbalas kepada persoalan sebagai sebahagian daripada perancangan operasi atau kempen. Dalam usaha untuk menyediakan analisis, keperluan maklumat komander mestilah dikenal pasti dahulu. Keperluan maklumat kemudiannya digabungkan kedalam koleksi risikan, analisa, dan penyebaran maklumat.
Bidang kajian termasuklah persekitaran operasi, pasukan yang bermusuhan dan berkecuali, penduduk awam di kawasan operasi tempur, dan kawasan berkepentingan lain yang lebih luas.[1] Aktiviti risikan dijalankan di semua peringkat, dari taktikal hingga ke strategik, dalam masa aman, tempoh peralihan perang, dan semasa perang.
Kebanyakan kerajaan mengekalkan keupayaan risikan tentera bagi menyediakan analitis dan anggota yang mengumpul maklumat di kedua-dua unit pakar dan dari pasukan dan perkhidmatan lain. Keupayaan perisikan tentera berinteraksi dengan kebolehan risikan awam untuk memaklumkan pelbagai aktiviti politik dan ketenteraan.
Anggota yang dipilih untuk tugas-tugas risikan boleh dipilih berdasarkan keupayaan analitis mereka dan kecerdasan peribadi sebelum menerima latihan rasmi.