Peristiwa Dreyfus (Perancis: l'affaire Dreyfus , disebut: [lafɛːʁ dʁɛfys]) adalah suatu skandal politik yang berlaku dalam Republik Perancis Ketiga dari 1894 sehingga ia selesai pada pada tahun 1906. Ia melibatkan hal seorang pegawai artileri dalam Tentera Darat Perancis, Kapten Alfred Dreyfus disabitkan kesalahan menderhaka kepada Republik atas dakwaan membocorkan maklumat ketenteraan sulit Perancis ke Empayar Jerman melalui kedutaan di Paris lalu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Merebaknya kegentingan yang wujud dalam peristiwa ini banyak memutik pertelingkahan antara warga-warga Katolik dan sekularis dalam pemerintah Perancis sehingga menyebabkan peradikalan politik dalam negara tersebut. Pemburukan peristiwa ini yang diapikan oleh akhbar dan pendapat umum terbukti sebagai contoh ketidakadilan moden paling dikenali di dunia Francophone[1] memandangkan ia antaranya bertumpu utama kepada penyoalan dan pencemuhan terhadap identiti Alfred sebagai seorang berbangsa Yahudi yang dianggap berkait dengan jenayah penderhakaan kepada negaranya; aspek antisemitisme ini juga dilihat sebagai pencetus awal kepada gerakan Zionisme yang mendorong pembentukan suatu negara Yahudi yang berasingan.[2]