Tarikh | Kira-kira 358.9 juta tahun dahulu juta tahun dahulu |
---|---|
Lokasi | Seluruh dunia, dengan deposit ketara pada Masif Rhenish, Poland, Morocco, dan Ohio, Amerika Syarikat |
Jenis | Peristiwa kepupusan besar-besaran |
Penyebab | Berkemungkinan disebabkan oleh anoksia, kemungkinan pengglasieran, eusinia, penyejukan global, dan volkanisme; supernova atau hentaman asteroid juga merupakan antara beberapa hipotesis lain |
Hasil | Penurunan teruk dalam kebiopelbagaian marin dan daratan; kepupusan ketara amonoid, brakiopod, stromatoporoid, dan beberapa kumpulan ikan; hampir keseluruhan ekosistem terumbu lenyap |
Peristiwa Hangenberg, juga dikenali sebagai krisis Hangenberg atau kepupusan akhir Devon, ialah kepupusan besar-besaran yang berlaku pada penghujung peringkat Famenne yang merupakan peringkat terakhir padaTempoh Devon (kira-kira 358.9 ± 0.4 juta tahun yang lalu).[1][2] Ia biasanya dianggap sebagai kepupusan kedua terbesar dalam Tempoh Devon, yang berlaku kira-kira 13 juta tahun selepaskepupusan besar-besaran Devon Akhir (peristiwa Kellwasser) pada sempadan Frasnes-Famenne. Peristiwa ini dinamakan sempena Syal Hangenberg yang merupakan sebahagian daripada jujukan yang merentasi sempadan Devon-Karbon pada Masif Rhenish di Jerman.[3]