Peristiwa kepupusan Devon Akhir ialah satu dari lima peristiwa kepupusan utama dalam sejarah kehidupan di Bumi. Istilah ini secara utamanya merujuk kepada suatu peristiwa kepupusan besar yang dikenali sebagai peristiwa Kellwasser, yang turut dikenali dengan nama peristiwa kepupusan Frasnes-Famenne,[1] yang berlaku sekitar 372 juta tahun dahulu, yakni pada sempadan peringkat Frasnes dan peringkat Famenne. Kedua-dua peringkat ini merupakan dua peringkat yang terakhir pada tempoh Devon.[2][3][4] Secara keseluruhan 19% dari semua famili dan 50% dari semua genus telah pupus. Kepupusan besar-besaran kedua lagi satu yang dikenali sebagai peristiwa Hangenberg, juga dikenali sebagai peristiwa kepupusan penghujung Devon[5] berlaku sekitar 359 juta tahun dahulu dan selepas itu dunia memasuki tempoh Karbon.[6]
Pada tempoh Devon Tengah hingga Devon Akhir, terdapat beberapa perubahan peesekitaran yang dapat dikesan dari catatan endapan. Bukti adanya anoksik luas di perairan dasar lautan, kelajuan peluruhan karbon meningkat, dan organisme bentik hancur terutama di daerah tropis, dan khususnya kumpulan terumbu karang.[7] Bukti yang lain juga ditemui pada perubahan permukaan laut di sekitar peristiwa Kellwasser (batas Frasnian-Famennian). Peristiwa Hangenberg dikaitkan pula dengan peningkTan permukaan laut diikuti dengan penurunan permukaan laut kerana pengaruh glasiasi. Pergeseran Benua pada tempoh ini menyebabkan Benua Laurasia dan Gondwana bergabung membentuk Pangea.[8]
Meskipun terdapat bukti fosil kehilangan biodiversiti besar-besaran tempoh Devon Akhir, dengan perkiraan rentang waktu berkisar antara 500.000 hingga 25 juta tahun. Tidak diketahui pasti apakah ada dua kepupusan besar-besaran yang berbeza atau hanya serangkaian kepupusan yang lebih kecil, meskipun penyelidikan terbaru memberikan hipotesis beberapa penyebab dari serangkaian peristiwa kepupusan yang berbeza selama rentang waktu sekitar tiga juta tahun. Beberapa ahli sains bersepakat bahawa terdapat sebanyak tujuh peristiwa kepupusan yang berbeza, yang terjadi selama sekitar 25 juta tahun, dengan Kepupusan pada tempoh Devon Akhir ini yang paling mencolok ialah pada tahap Givetian, Frasnian, dan Famennian.[9]
Pada tempoh Devon Akhir, tumbuhan dan serangga telah menyebar luas di daratan. Tumbuhan yang berada di darat memiliki bentuk yang mirip dengan lumut dan lumut hati. Di lautan terdapat terumbu karang besar yang dibentuk oleh stromatoporoid. Ikan juga mengalami evolusi besar memunculkan tetrapoda pertama, seperti Tiktaalik, yang mulai berevolusi memiliki struktur sirip mirip seperti kaki. Kepupusan kelihatan hanya mempengaruhi biota laut. Kumpulan yang mengalami penurunan populasi sangat besar ialah termasuk brakiopoda, trilobita, dan organisme pembentuk terumbu karang, dimana organisme pembentuk terumbu karang ini hampir sepenuhnya menghilang.[9]
|date=
(bantuan)