Perisytiharan Potsdam atau Perisytiharan Mendefinisikan Syarat Penyerahan Kalah Jepun adalah satu kenyataan yang mengarahkan penyerahan kalah semua angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Pada 26 Julai 1945, Presiden Amerika Syarikat Harry S. Truman, Perdana Menteri United Kingdom Clement Atlee, dan Pengerusi Pemerintah Nasionalis China Chiang Kai-shek mengeluarkan dokumen itu yang menggariskan syarat penyerahan kalah Empayar Jepun seperti yang disepakati dalam Persidangan Potsdam. Kata dua ini menyatakan bahawa sekiranya Jepun tidak menyerah kalah maka ia akan menghadapi "pembinasaan sepenuhnya yang segera".[1][2]