Perjanjian Manila | |
---|---|
Ditandatangani | 04 Julai 1946Manila, Filipina | di
Berkuat kuasa | 22 Oktober 1946 |
Syarat | Pertukaran ratifikasi |
Penandatangan | |
Petikan | 61 Stat. 1174, TIAS 1568, 11 Bevans 3, 7 UNTS 3 |
Bahasa | Inggeris |
Treaty of Manila (1946) di Wikisumber | |
sunting |
Perjanjian Manila 1946, secara rasmi Treaty of General Relations and Protocol,[1] ialah perjanjian hubungan umum yang ditandatangani pada 4 Julai 1946 di Manila, Filipina. Dengan melepaskan kedaulatan AS ke atas Filipina dan mengisytiharkan kemerdekaan Republik Filipina. Perjanjian itu ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi Paul V. McNutt sebagai wakil Amerika Syarikat dan Presiden Manuel Roxas sebagai wakil Filipina.
Ditandatangani oleh Presiden AS Harry Truman pada 14 Ogos 1946, setelah Senat Amerika Syarikat memberikan nasihat dan persetujuan pada 31 Julai 1946 dengan meratifikasi perjanjian.[2] Perjanjian itu diratifikasi oleh Filipina pada 30 September 1946.[3] Perjanjian tersebut mula berkuatkuasa pada 22 Oktober 1946, ketika ratifikasi ditukarkan.[3] Perjanjian itu disertai dengan "perjanjian sementara tentang hubungan persahabatan dan perwakilan diplomatik dan konsulat" (60 Stat. 1800, TIAS 1539, 6 UNTS 335) sehingga perjanjian itu diratifikasi.