Perjanjian untuk Menghadkan dan Mengurangkan Persenjataan Tentera Laut atau dikenali sebagai Perjanjian Tentera Laut London merujuk pada sebuah perjanjian di antara United Kingdom, Empayar Jepun, Perancis, Itali dan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 22 April 1930, di mana peperangan kapal selam dan pembinaan kapal tentera laut akan diselia dan dikawal. Ratifikasi perjanjian ini telah dilakukan di London pada 27 Oktober 1930, dan berkuatkuasa pada hari yang sama. Ia telah didaftarkan dalam siri-siri perjanjian Liga Bangsa pada 6 Februari 1931.[1]