Perlis
ڤرليس Peghelih | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Cina | 玻璃市 |
• Tamil | பெர்லிஸ் Perlis (Transliterasi) |
• Thai | ปะลิส |
Lagu: Amin Amin Ya Rabaljalil امين امين يا رب الجليل | |
Koordinat: 6°30′N 100°15′E / 6.500°N 100.250°EKoordinat: 6°30′N 100°15′E / 6.500°N 100.250°E | |
Ibu negeri | Kangar |
Bandar diraja | Arau |
Pentadbiran | |
• Jenis | Parlimen Raja berperlembagaan |
• Raja | Tuanku Syed Sirajuddin |
• Menteri Besar | Mohd Shukri Ramli |
Keluasan | |
• Jumlah | 819 km2 (316 batu persegi) |
Aras tertinggi | 733 m (2,405 ft) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Jumlah | 284,885 |
• Kepadatan | 350/km2 (900/batu persegi) |
Bahasa | |
• Bahasa rasmi | Bahasa Melayu |
• Bahasa pertuturan | Melayu Perlis, Hokkien, Thai, Mandarin, Tamil |
Indeks negeri | |
• IPM (2022) | ▼ 0.768 (tinggi) (ke-15)[3] |
• KDNK (2019) | ▲ RM6.518 bilion ($1.564 bilion) (ke-10)[4] |
• Per kapita (2019) | ▲ RM25,656 ($6,157) (ke-15)[4] |
Poskod | 01xxx, 02xxx |
Kod panggilan | 04 |
Pendaftaran kenderaan | R |
Pembentukan kerajaan | 20 April 1843 |
Penyertaan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu | 1 Februari 1948 |
Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu | 31 Ogos 1957 |
Laman sesawang | www |
Perlis (Jawi: ڤرليس , Bahasa Thai: ปะลิส Pâlit, ปลิศ Palit atau เปอร์ลิศ Perlis)[nota 1] merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Wilayah Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat setelah kerajaan Siam melantik Raja Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis.[6]
Pusat pentadbiran bagi negeri Perlis ialah Kangar, dan bandar dirajanya ialah Arau. Antara bandar dan pekan utama lain di Perlis termasuklah Padang Besar dan Kuala Perlis.
Perlis mempunyai keluasan sebanyak 821 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Pada tahun 2020, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 284,885 orang dengan majoritinya merupakan Bumiputera iaitu 88.8 peratus dari jumlah penduduk.[2]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan