Permainan buku

Permainan buku (bahasa Inggeris: gamebook, kadang-kala dirujuk sebagai choose your own adventure books ataupun CYOA) merupakan hasil rekaan cereka ataupun fiksyen yang membenarkan pada pembaca untuk mengambil bahagian sebagai salah satu watak atau individu dalam penceritaannya dengan membuat pilihan yang dapat memberi impak atau kesan kepada jalan ceritanya. Kesan ini dipandukan kepada pembaca menerusi penggunaan perenggan-perenggan atau halaman bernombor.[1][2] Genre ini popular pada zaman 1980-an.[1]

  1. ^ a b "FAQ di gamebooks.org".
  2. ^ "'Apakah Fighting Fantasy?' di laman web rasmi Fighting Fantasy".

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne