Pertandingan Lagu Eurovision

Pertandingan Lagu Eurovision
Juga dikenali sebagai
  • Eurovision
  • ESC
  • Melodi Grand Prix
  • Eurosongfestival
GenrePertandingan lagu
Berdasarkan daripada
Festival Muzik Sanremo
PenciptaMarcel Bezençon
Penggubah lagu tema
Marc-Antoine Charpentier
Lagu pembukaanTe Deum: Marche en rondeau (prelud)
Lagu penutupTe Deum: Marche en rondeau (prelud)
BahasaInggeris dan Perancis
Bilangan episod63
Penerbitan
LokasiDihoskan oleh pemenang terdahulu (dengan beberapa pengecualian)
Tempoh siaran
  • 2 jam (separuh akhir)
  • 3 jam 45 minit (akhir)
  • 4 jam (2015)
Syarikat penerbitan
Kesatuan Penyiaran Eropah
Syarikat pengedaran
Eurovision
Penyiaran
Format gambar
Siaran asal24 Mei 1956; 68 tahun yang lalu (1956-05-24) – kini
Kronologi
Rancangan berkaitan
Pautan luar
www.eurovision.tv
Tapak sesawang penerbitan Kesatuan Penyiaran Eropah

Pertandingan Lagu Eurovision (bahasa Inggeris: Eurovision Song Contest; Perancis: Concours Eurovision de la chanson)[1] atau juga dikenali secara ringkasnya sebagai Eurovision merupakan pertandingan TV antarabangsa tahunan paling lama penyiarannya, yang telah bersiaran selama 63 tahun (2018) dengan penglibatan melebihi 40 negara yang bertanding.[2] Ia telah diadakan, terutamanya, di antara negara-negara anggota Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU) sejak 1956. Pertandingan ini berdasarkan daripada Festival Muzik Sanremo yang telah diadakan di Itali sejak 1951.

Setiap negara yang bertanding akan menghantar sebuah lagu asal untuk dipersembahkan menerusi siaran langsung di televisyen dan radio, yang kemudiannya akan mengundi untuk lagu dari negara lain bagi penentuan pemenang. Pertandingan ini telah diadakan setiap tahun sejak tahun 1956 dan menjadi salah satu program televisyen paling lama bersiaran di dunia. Ia juga merupakan salah satu upacara bukan sukan paling banyak ditonton di dunia,[3] dengan jumlah penonton beberapa tahun kebelakangan ini mencecah di antara 100 juta dan 600 juta.[4][5] Eurovision turut disiarkan di beberapa buah negara di luar Eropah yang tidak bertanding seperti di Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan China. Pengecualian dilakukan pada tahun 2015 apabila Australia dibenarkan bertanding sebagai peserta jemputan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun pertandingan ini yang ke-60 tahun.[6][7][8] Pada November 2015, EBU mengumumkan bahawa Australia dijemput kembali sebagai peserta pada tahun 2016 setelah kejayaan mereka pada tahun 2015.[9] Australia terus bertanding bagi tahun 2017 dan 2018.[10] Sejak tahun 2000, pertandingan ini juga boleh ditonton menerusi laman web Eurovision.[11]

Pemenang pertandingan ini kebiasaannya akan menerima rangsangan jangka pendek bagi kerjaya mereka, dan jarang bagi kejayaan masa panjang.[12] Namun begitu, terdapat juga yang menerima kejayaan jangka panjang seperti ABBA (pemenang tahun 1974 untuk Sweden), Bucks Fizz (pemenang tahun 1981 untuk United Kingdom), dan Céline Dion (pemenang tahun 1988 untuk Switzerland), yang mana mereka berjaya di seluruh dunia selepas memenangi pertandingan ini.

Ireland memegang rekod sebagai negara paling banyak memenangi kejuaraan dengan kemenangan sebanyak tujuh kali. Menerusi sistem pengundian semasa, Salvador Sobral dari Portugal yang memenangi Eurovision pada tahun 2017 di Kiev, Ukraine menjadi pemenang dengan jumlah mata tertinggi iaitu sebanyak 758 mata. Bagi sistem pengundian terdahulu, di antara tahun 1975 sehingga 2015, pemenang dengan jumlah mata tertinggi adalah Alexander Rybak dari Norway dengan 387 mata pada tahun 2009.

  1. ^ "Winners of the Eurovision Song Contest" (PDF). European Broadcasting Union. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 28 May 2008. Dicapai pada 26 December 2007.
  2. ^ "Eurovision recognised by Guinness World Records as the largest in the world and the longest-running annual TV programme (international)". Guinness World Records.
  3. ^ "Live Webcast". European Broadcasting Union. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2006. Dicapai pada 25 May 2006.
  4. ^ "Finland wins Eurovision contest". Al Jazeera English. 21 May 2006. Dicapai pada 8 May 2007.
  5. ^ Murray, Matthew. "Eurovision Song Contest – International Music Program". Museum of Broadcast Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2005. Dicapai pada 15 Julai 2006.
  6. ^ "Eurovision Trivia" (PDF). BBC Online. 2002. Dicapai pada 18 July 2006.
  7. ^ "Eurovision Song Contest 1972". European Broadcasting Union. Dicapai pada 21 July 2009.
  8. ^ "Eurovision Song Contest 2004 Final". European Broadcasting Union. Dicapai pada 22 July 2009.
  9. ^ "Australia to return to the Eurovision Song Contest!". European Broadcasting Union. 11 November 2015. Dicapai pada 28 January 2016.
  10. ^ Jordan, Paul (31 October 2016). "43 countries to participate in Eurovision 2017". eurovision.tv. European Broadcasting Union. Dicapai pada 31 October 2016.
  11. ^ Philip Laven (July 2002). "Webcasting and the Eurovision Song Contest". European Broadcasting Union. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 May 2008. Dicapai pada 21 August 2006.
  12. ^ "Serbia's "Prayer" wins Eurovision Song Contest". Reuters. 14 May 2007.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne