Pertempuran Sedan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Pertempuran Perancis, Barisan Barat dalam Perang Dunia II | |||||||
Askar Jerman bersama tawanan Perancis menyeberangi sungai Meuse pada 15 Mei 1940 berhampiran Sedan | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Perancis United Kingdom | Jerman | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Maurice Gamelin Charles Huntziger Henri Giraud Pierre Lafontaine Marcel Têtu Kolonel Poncelet † P H L Playfair |
Gerd von Rundstedt Ewald von Kleist Heinz Guderian W. von Richthofen Bruno Loerzer Heinrich Krampf Karl Weisenberger Friedrich Kirchner Rudolf Veiel Ferdinand Schaal | ||||||
Kekuatan | |||||||
20,000 askar |
60,000 askar[6] 41,000 kenderaan[7] 771 kereta kebal[8] 1,470 pesawat[3] 141 laras artileri[3] 96 bot getah | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
kehilangan anggota tidak diketahui kerugian artileri tidak diketahui kerugian kereta kebal tidak diketahui 167 pesawat[9] |
120 terbunuh 400 cedera (12–14 Mei)[10] 647 terbunuh atau cedera (15–17 Mei)[11] sekurang-kurangnya 81 bot getah[12] |
Pertempuran Sedan atau Pertempuran Sedan Kedua (12–15 Mei 1940)[10][13][14] adalah satu sengketa Perang Dunia II yang diperjuangkan semasa Kempen Perancis. Pertempuran ini adalah sebahagian daripada pelan operasi Wehrmacht Jerman yang diberi nama kod Fall Gelb (Kes Kuning) untuk menyerang melalui Hutan Ardennes yang tebal dan berbukit-bukau, bagi mengepung tentera Bersekutu di Belgium dan timur laut Perancis. Kumpulan Tentera Darat A Jerman menyeberangi sungai Meuse dengan tujuan menawan Sedan dan mara arah utara ke pantai Selat, dalam usaha untuk memerangkap bala tentera Bersekutu yang sedang mara dari timur ke Belgium, sebagai sebahagian daripada strategi Rancangan Dyle Bersekutu.
Sedan terletak di tebing timur Sungai Meuse. Penaklukannya akan memberi Jerman sebuah pangkalan untuk menawan jambatan Meuse dan melintasi sungai itu. Sekiranya ini berlaku, divisyen-divisyen Jerman kemudian dapat mara ke dalam kawasan pedalaman Perancis yang terbuka dan tidak dikawal, disebalik Sedan, dan ke Selat Inggeris. Pada 12 Mei, Sedan telah ditawan tanpa tentangan. Pada hari-hari berikutnya, pihak Jerman mengalahkan pertahanan Perancis yang mengelilingi Sedan di tebing barat sungai Meuse. Ini sebahagian besarnya dicapai oleh Luftwaffe. Akibat pengeboman Jerman dan semangat yang rendah, askar pertahanan Perancis tidak mampu melancarkan pertahanan yang konsisten. Pihak Jerman menawan jambatan Meuse di Sedan membolehkan mereka menghantar pasukan tentera termasuk unit armor melintasi sungai itu. Pada 14 Mei, tentera udara Bersekutu, iaitu Tentera Udara Diraja (RAF) dan Armée de l'Air (Tentera Udara Perancis) cuba memusnahkan jambatan itu, dan menghalang bala bantuan Jerman menghampiri tebing barat. Luftwaffe mencegah mereka daripada melakukannya. Di dalam pertempuran udara yang besar, pihak Sekutu mengalami kerugian yang tinggi hingga memudaratkan kekuatan pengebom Sekutu didalam kempen ini.[15]
Penyeberangan Meuse membolehkan pihak Jerman memecah masuk kedalaman strategik, atau bahagian belakang yang tidak dikawal, dalam barisan Sekutu dan mara ke Selat Inggeris dengan tanpa tentangan yang signifikan. Pihak Perancis cuba melancarkan serangan balas terhadap pangkalan terdepan Jerman yang dikuasai, dari 15–17 Mei, tetapi ofensif ini menjadi mangsa kepada penangguhan dan kekeliruan. Lima hari selepas mengukuhkan pangkalan terdepan mereka di Sedan, pada 20 Mei, Tentera Darat Jerman tiba di Selat. Kemenangan di Sedan mencapai matlamat operasi Fall Gelb dan mengepung ketumbukan tentera terkuat Sekutu, termasuk Pasukan Ekspedisi British. Pertempuran ini memusnahkan saki baki tentera darat Perancis sebagai angkatan tempur yang efektif, dan mengusir Tentera Darat British dari benua Eropah, menyebabkan kekalahan Perancis pada Jun 1940. Pertempuran di Sedan adalah sebab utama kejatuhan Perancis.[15][16]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Healy 2007, p. 56
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Frieser 2005, p. 181
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Frieser 2005, p. 168