Pertempuran Madagaskar | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kancah Lautan Hindi Perang Dunia II | |||||||||
Meriam 25 pdr King's African Rifles' sedang beraksi berhampiran Ambositra di Madagaskar menentang kedudukan Vichy semasa Operasi Stream Line Jane, September 1942. | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Tentera Laut sahaja: Australia Belanda Poland |
Tentera Laut sahaja: Jepun | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Robert Sturges Edward Syfret |
Armand Annet Noboru Ishizaki | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
10,000–15,000 askar 6 kereta kebal infantri 6 kereta kebal ringan 2 kapal induk 1 kapal induk pesawat laut 2 kapal tempur 6 kruiser ringan 22 pembinasa 8 korvet 1 monitor 1 kapal pemasang ranjau 4 kapal penyapu ranjau 5 pengangkut serbuan lebih 81 pesawat[1] |
Perancis Vichy: 8,000 askar[2] 6 kereta kebal 35 pesawat[3] 4 kapal perang[4] Tentera Laut Jepun 2 askar 4 kapal selam 2 kapal selam kerdil 1 pesawat peninjau[5] | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
107 terbunuh 620 |
152 terbunuh 500 cedera (tidak termasuk mana-mana kasualti yang disebabkan oleh penyakit)[3] 1,000 ditawan[6] 34 pesawat musnah 1 kapal selam kerdil musnah 1 kapal selam kerdil hilang di laut |
Pertempuran Madagaskar (5 Mei – 6 November 1942) adalah kempen British untuk menakluki pulau Madagaskar kawalan Perancis Vichy semasa Perang Dunia II. Penawanan pulau tersebut oleh British adalah untuk menghalang pelabuhan Madagaskar dari Tentera Laut Imperial Jepun dan untuk mencegah kehilangan atau kelumpuhan laluan perkapalan Pihak Bersekutu ke India, Australia dan Asia Tenggara. Ia bermula dengan Operasi Ironclad, iaitu penawanan pelabuhan Diego-Suarez (kini Antsiranana) berhampiran hujung utara pulau itu, pada 5 Mei 1942.[2][7]
Kempen seterusnya ialah menguasai keseluruhan pulau, Operasi Stream Line Jane, telah dilancarkan pada 10 September. Pihak Sekutu menggempur masuk kawasan pedalaman, bersatu dengan pasukan di pantai dan menawan pulau pada penghujung Oktober. Pertempuran berhenti dan peletakan senjata diluluskan pada 6 November.[8] Ini adalah operasi besar-besaran yang pertama oleh gabungan tentera laut, darat dan udara pihak Sekutu. Pulau itu telah diletakkan dibawah kawalan Perancis Bebas.[9][10]