Pertempuran Normandie | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Dunia Kedua | |||||||
![]() Into the Jaws of Death oleh Robert F. Sargent. Kapal penyerang mendaratkan salah satu gelombang pertama di Pantai Omaha. Gambar menunjukkan unit Pengawal Pantai AS sebagai Kompeni E, Infantri Ke-16, 1 Division Infantri. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ||||||
Kekuatan | |||||||
1,452,000 askar (pada 25 Julai) 2,052,299 (penghujung Ogos) |
380,000 askar (pada 23 Julai) | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
226,386 kasualti
4,101 pesawat |
400,000 hingga 450,000 kasualti
2,127 pesawat | ||||||
Kematian orang awam: 11,000–19,000 terbunuh sebelum penyerbuan 13,632–19,890 terbunuh semasa penyerbuan Jumlah: 25,000–39,000 terkorban |
Pertempuran Normandie berlaku pada tahun 1944 antara Jerman Nazi di Eropah Barat dan tentera Pihak Berikat yang menyerang sebagai sebahagian daripada konflik yang lebih besar untuk Perang Dunia Kedua. Operasi Overlord merupakan nama kod untuk serangan Pihak Berikat terhadap barat laut Eropah, yang bermula pada 6 Jun, 1944, dan tamat pada 19 Ogos, 1944, semasa Tentera Berikat merentasi Sungai Seine. Hingga ke enam puluh tahun selepas itu, Pertempuran Normandie ini masih kekal sebagai penyerangan amfibia yang terbesar dalam sejarah, melibatkan hampir 3 juta tentera melintasi Selat Inggeris dari England ke Normandie. Operasi Neptune merupakan nama kod bagi serangan fasa permulaan untuk Operasi Overlord; matlamatnya, untuk menambah foothold (tapak) pada benua itu, bermula pada 6 Jun 1944 (sering dikenali sebagai D-Day) dan tamat pada 30 Jun 1944.
Pembentukan Tentera Berikat yang utama adalah dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada. Tentera Perancis Bebas dan tentera Poland juga menyertai pertempuran ini selepas fasa permulaan serangan itu, dan juga ada kontinjen dari Belgium, Czechoslovakia, Greece, Belanda, dan Norway.