Pertempuran Sekigahara

Pertempuran Sekigahara

Lukisan zaman Edo yang menggambarkan pertempuran Sekigahara.
Tarikh21 Oktober 1600
Lokasi
Keputusan Kemenangan Tokugawa
Perubahan
wilayah
Tokugawa menguasai Jepun
Pihak yang terlibat
Pasukan Barat Toyotomi Hideyori Pasukan Timur Tokugawa Ieyasu
Komandan dan pemimpin
Ishida Mitsunari
Mōri Terumoto
Kobayakawa Hideaki
Ukita Hideie
Chōsokabe Morichika
Shimazu Yoshihiro
Tokugawa Ieyasu
Kekuatan
104.000 (ada pelbagai penjelasan tentang jumlah) 82.000 (ada pelbagai penjelasan tentang jumlah)
Kerugian dan korban
Tidak jelas Tidak jelas

Pertempuran Sekigahara (関ヶ原の戦い, sekigahara no tatakai) ialah pertempuran yang berlaku tanggal 15 September 1600 menurut kalender lunar (21 Oktober 1600 menurut takwim Gregorius) di Sekigahara, daerah Fuwa, Wilayah Mino, Jepun.

Pertempuran melibatkan pihak yang dipimpin Tokugawa Ieyasu melawan pihak Ishida Mitsunari sehubungan perebutan kekuasaan sesudah mangkatnya Toyotomi Hideyosyi. Pertempuran dimenangi oleh pihak Tokugawa Ieyasu yang melancarkan pembentukkan Kesyogunan Tokugawa.

Dendam akibat Pertempuran Sekigahara berperanan melahirkan gerakan menggulingkan pemerintahan Kesyogunan Edo dalam abad ke-19 yang bermula dari wilayah han Satsuma dan Chōshū.

Pihak yang bertikaian dalam pertempuran ini terbahagi kepada kubu Tokugawa (Pasukan utara) dan kubu pennyokong puak Toyotomi (Pasukan Barat). Puak Toyotomi sendiri tidak memihak mana-mana pihak yang bertikai dan tidak ambil bahagian dalam pertempuran.

Setelah pertempuran selesai, kekuasaan tentera cenderung berjaya dikuasai pihak Tokugawa sehingga Pertempuran Sekigahara juga terkenal dengan sebutan Tenka wakeme no tatakai (天下分け目の戦い, pertempuran yang menentukan pemimpin Jepun).

Pada detik terjadinya pertempuran, masih belum digunakan istilah Pasukan Barat dan Pasukan Timur. Kedua-dua istilah tersebut baru digunakan para sejarawan di kemudian hari untuk menyebut mengenai kedua-dua belah pihak yang bertikaian.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne