Pertempuran Vienna | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Turki Agung, Perang Habsburg-Uthmaniyah dan Perang Poland-Uthmaniyyah | |||||||||
Pertempuran Vienna, 12 September 1683 | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
John III Sobieski (Komander Tertinggi Tentera Perikatan Kristian) Hetman Jabłonowski Hetman Sieniawski Count Marcin Kątski (Pasukan Bantuan) Ernst Rüdiger von Starhemberg (Barisan Tentera) Charles of Lorraine John George III of Saxony Georg Friedrich of Waldeck Julius Francis, Duke of Saxe-Lauenburg Maximilian II Emanuel of Bavaria Eugene of Savoy Livio Odescalchi Antonio Caraffa Şerban Cantacuzino |
Grand Vizier Kara Mustafa Pasha Kara Mehmed of Diyarbakir Ibrahim of Buda Abaza Sari Hüseyin Pasha of Karahisar Murad Giray George Ducas | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Barisan Tentera Vienna:
Pasukan Bantuan:
Jumlah:
|
140,000 pada 10 September 1683,[10] menurun daripada 170,000 pada permulaan peperangan, menurut dokumen order of battle yang dijumpai di khemah Kara Mustafa.[11] [Note 2] – alternative estimates Kira-kira 150 meriam[7] | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Kemalangan jiwa semasa pertempuran: 4,500,[16]:661
Kemalangan jiwa sewaktu pengepungan: 12,000[7] |
Ditangkap: 5,000[16]:661 |
Pertempuran Vienna (Jerman: Schlacht am Kahlen Berge atau Kahlenberg; Poland: bitwa pod Wiedniem atau odsiecz wiedeńska (The Reief of Vienna; Turki Moden: İkinci Viyana Kuşatması, Turki Uthmaniyah: Beç Ḳalʿası Muḥāṣarası) berlaku di Bukit Kahlenberg di Vienna pada 12 September 1683[1] selepas kota imperial Vienna diserang oleh Empayar Uthmaniyah selama 2 bulan. Pertempuran ini melibatkan Monarki Habsburg, Komanwel Poland–Lithuania dan Empayar Suci Rom, dibawah pimpinan Raja John III Sobieski menentang Uthmaniyah dan negara vassal mereka. Pertempuran ini pertama kalinya melibatkan Komanwel dan Empayar Suci Rom yang telah menjalankan kerjasama ketenteraan menentang tentera Uthmaniyah, dan perkara ini sering dilihat sebagai pengubahan sejarah, selepas "Kerajaan Uthmaniyah berhenti mengancam dunia Kristian".[18] Akibat daripada peperangan yang bertahan sehingga 1699, Empayar Uthmaniyah telah kehilangan hampir seluruh kawasan Hungary yang kemudiannya dikuasai oleh Maharaja Suci Rom Leopold I.[18]
Peperangan ini akhirnya dimenangi oleh tentera perikatan Empayar Suci Rom daripada negara Jerman dan Komanwel Poland-Lithuania, yang pada akhirnya hanya diwakili oleh tentera daripada Kerajaan Mahkota Poland (barisan tentera Lithuania tertangguh, dan tentera ini tiba di Vienna selepas Vienna dibebaskan)..[19] Barisan tentera Vienna diketuai oleh Ernst Rüdiger Graf von Starhemberg, seorang warga Austria dibawah penguasaan Maharaja Suci Rom Leopold I. Majoritinya pimpinan barisan tentera diketuai oleh raja Poland, John III Sobieski, yang turut sama memimpin pasukan bantuan.
Ketenteraan Empayar Uthmaniyah dan tentera dari negara takluk Kerajaan Uthmaniyah, diketuai oleh Grand Vizier Merzifonlu Kara Mustafa Pasha. Bilangan tentera Uthmaniyah dianggarkan kira-kira 90,000[7] sehingga 300,000[12][13][14][15][sumber lebih baik diperlukan] orang (menurut dokumen order of battle yang telah dijumpai di khemah Kara Mustafa, kekuatan tenteranya pada permulaan peperangan ialah 170,000 orang[11]). Mereka mula bertempur pada 14 Julai 1683. Pasukan tentera Uthmaiyah juga merangkumi unit-unit lain seperti 60 unit tentera elit Infantri berjumlah 12,000 askar dengan tentera pemerhati berjumlah 70,000 orang[20] memerhati keadaan di luar kota. Pertempuran ini bermula pada 12 September, selepas pasukan tentera perikatan tiba.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Tucker
Kekalahan tentera Uthmaniyah di luar benteng Vienna pada 300 tahun lalu selalu dianggap sebaagai permulaan kejatuhan Empayar Uthmaniyah. Tetapi, Walter Leitsch mempersoalkan adakah sama ada peristiwa ini adalah pengubahan sejarah di Eropah?.no-break space character in
|quote=
at position 52 (bantuan)
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "Note", tetapi tiada tag <references group="Note"/>
yang berpadanan disertakan