International Maritime Organization (en) Organisation maritime internationale (fr) | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | IMO |
Jenis/bentuk sah | Agensi PBB |
Status undang-undang | aktif |
Industri | Pengangkutan air |
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris, bahasa Arab, Bahasa Mandarin, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Rusia |
Tapak web | www.imo.org |
Sejarah | |
Dibentuk | 1959 |
Pengurusan | |
Pengerusi | Arsenio Antonio Dominguez Velasco |
Ketua | Efthimios E. Mitropoulos |
Lokasi | |
Bendera IMO | |
Ibu pejabat | London, United Kingdom |
Koordinat | 51°29′24.36″N 0°7′21.72″W |
Catatan kaki | |
Sebelumnya dikenali sebagai Pertubuhan Penasihat Maritim Antara Kerajaan (Inter-Governmental Maritime Consultive Organization) | |
sunting · sunting di Wikidata |
Pertubuhan Maritim Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Maritime Organization ) (IMO), sebelumnya dikenali sebagai Pertubuhan Penasihat Maritim Antara Kerajaan (Inter-Governmental Maritime Consultive Organization) telah ditubuhkan di Geneva pada tahun 1948,[1] dan mesyuarat pertamanya diadakan pada tahun 1959. Nama IMCO diubah kepada IMO pada tahun 1982.[2]
Beribu pejabat di London, United Kingdom, IMO merupakan sebuah agensi khusus PBB dengan 168 negara ahli dan 3 ahli bersekutu.[2] Tujuan utama penubuhan IMO ialah untuk membangun dan mendukung rangka kerja kawal selia yang komprehensif untuk perkapalan dan antara bidang kuasanya hari ini termasuk isu keselamatan, kesedaran alam sekitar, hal ehwal undang-undang, kerjasama teknikal, keselamatan maritim dan kecekapan perkapalan. IMO ditadbir oleh satu badan perhimpunan dan diuruskan pembiayaannya oleh sebuah majlis yang dipilih dari badan perhimpunan. Pertubuhan lain dalam PBB boleh menjadi pemerhati kepada perjalanan IMO, dan status pemerhati juga diberi kepada pertubuhan bukan kerajaan yang layak. IMO disokong oleh sebuah sekretariat tetap pekerja-pekerja yang merupakan perwakilan kepada ahli-ahlinya. Sekretariat ini terdiri daripada seorang Setiausaha Agung yang dipilih oleh badan perhimpunan, dan beberapa bahagian seperti yang berkaitan dengan keselamatan marin, perlindungan alam sekitar, dan sebuah seksyen persidangan.