Perumian Kantonis Yale

Yale
Tulisan Cina Tradisional耶魯
Tulisan Cina Ringkas耶鲁
Perumian Yale Bahasa Kantonisyèh lóuh

Perumian Yale untuk bahasa Kantonis dibangunkan oleh sarjana Yale, Gerard P. Kok, untuk buku teks beliau dan Parker Po-fei Huang bertajuk Speak Cantonese, yang pada mulanya diedarkan dalam bentuk kertas curai pada tahun 1952[1] tetapi kemudian diterbitkan pada tahun 1958.[2] Berbeza dengan perumian Yale bagi bahasa Mandarin, ia masih digunakan secara meluas dalam buku dan kamus, terutamanya untuk pembelajar asing bahasa Kantonis. Sistem ini mempunyai beberapa persamaan dengan Hanyu Pinyin kerana konsonan tak bersuara dan tak beraspirasi diwakili oleh huruf-huruf yang secara tradisionalnya digunakan dalam bahasa Inggeris dan kebanyakan bahasa Eropah lain untuk mewakili bunyi bersuara. Sebagai contoh, [p] diwakili sebagai b dalam sistem Yale, manakala pasangan beraspirasinya, [pʰ], diwakili sebagai p.[3] Pelajar di Pusat Bahasa Cina New-Asia Yale-in-China, Universiti Cina Hong Kong, diajar menggunakan perumian Yale.[4]

  1. ^ Huang, Parker Po-fei (1965). Cantonese Sounds and Tones. New Haven, CT: Far Eastern Publications, Yale University. m/s. Foreword.
  2. ^ The Routledge Encyclopedia of the Chinese Language, p. 40.
  3. ^ "Cantonese". Omniglot. Dicapai pada 2016-10-27.
  4. ^ "CUHK Teaching Materials". Dicapai pada 2016-10-27.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne