Badan penganjuran | FAM |
---|---|
Ditubuhkan | 1957[1] |
Juara semasa | ![]() |
Pasukan paling berjaya | ![]() |
Laman sesawang | laman web rasmi |
![]() |
Pestabola Merdeka merupakan sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia dan dimainkan terutamanya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.[2] Pestabola Merdeka pernah dianggap sebagai 'Grand Old Lady of Asia' di mana pasukan terkemuka dari negara bermain bola sepak akan menyukai jemputan ke kejohanan itu.[3] Namun, semenjak tahun 1988 hingga 2013, ia hanya dilangsungkan sebanyak 9 kali sahaja.