Petaling Jaya ڤتاليڠ جاي | |
---|---|
Bandar | |
Nama panggilan: PJ, Bandar Raya Inai Merah | |
Cogan kata: Mesra, Cepat, Tepat | |
Koordinat: 03°05′50″N 101°38′40″E / 3.09722°N 101.64444°EKoordinat: 03°05′50″N 101°38′40″E / 3.09722°N 101.64444°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Pembentukan | 1954 |
Dinaik taraf bandar raya | 20 Jun 2006 |
Daerah | Petaling |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain, DSIS, AMS, AMN.2016 |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 638,516 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak dilihat |
Laman sesawang | www |
Petaling Jaya atau PJ merupakan sebuah bandar raya dan bandar terbesar di negeri Selangor, Malaysia. PJ diwujudkan pada tahun 1949 sebagai sebuah bandar universiti dan bandar satelit bagi bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan PJ adalah kira-kira 97.2 km2. Petaling Jaya terletak di daerah Petaling yang merupakan daerah yang memiliki populasi tertinggi dan termaju di negeri Selangor.
Pada 20 Jun 2006 Petaling Jaya dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya dan tidak lagi sebagai bandar satelit kepada bandaraya Kuala Lumpur. Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Ahmad Termizi Puteh kini menerajui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang baru ditubuhkan. Beliau juga ialah bekas presiden Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).