Phil Lord dan Christopher Miller

Phil Lord dan Christopher Miller
Lord (kanan) dan Miller (kiri) di San Diego Comic-Con 2018 mempromosikan Spider-Man: Into the Spider-Verse
Kelahiran
Philip Anderson Lord
(1975-07-12) 12 Julai 1975 (umur 49)
Miami, Florida, A.S.
Christopher Robert Miller
(1975-09-23) 23 September 1975 (umur 49)
Everett, Washington, A.S.
Pusat pendidikanKolej Dartmouth
PekerjaanPembikin filem, pelakon, juruanimasi
Tahun aktif1998–kini
PasanganRobyn Murgio (Miller)
Anak-anak2 (Miller)

Philip Anderson Lord (lahir 12 Julai 1975) dan Christopher Robert Miller (lahir 23 September 1975) ialah penerbit, pelakon, juruanimasi, penulis lakon layar dan pengarah filem dan televisyen Amerika Syarikat. Lord dan Miller bertemu di Kolej Dartmouth. Mereka dikenali secara meluas menerusi filem animasi Cloudy with a Chance of Meatballs (2009) dan The Lego Movie (2014), juga mengarahkan filem komedi 21 Jump Street (2012) dan kesinambungannya, 22 Jump Street (2014). Karya arahan mereka banyak menerima ulasan positif dari para penonton dan pengkritik serta berjaya dari segi kewangan.[1][2]

  1. ^ Buckley, Cara (6 June 2014). "Lord and Miller, Directors With a Golden Touch". The New York Times. Dicapai pada January 22, 2018.
  2. ^ Phil Lord (21 Jumpstreet, Clone High, Cloudy ...) - Breaking In To Hollywood With Chris Miller. Justin Dean. March 14, 2012. Dicapai pada January 22, 2018 – melalui YouTube.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne