Philip Seymour Hoffman | |
---|---|
![]() Hoffman semasa tayangan perdana Perancis bagi filem The Ides of March pada Oktober 2011 | |
Kelahiran | Philip Hoffman 23 Julai 1967 |
Meninggal dunia | 2 Februari 2014 Manhattan, New York, A.S. | (umur 46)
Sebab kematian | Intoksikasi dadah berlebihan |
Pusat pendidikan | Tisch School of the Arts |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, pngarah |
Tahun aktif | 1991–2014 |
Rakan kongsi domestik | Mimi O'Donnell (1999–2013) |
Anak-anak | 3 |
Saudara | Gordy Hoffman (adik) |
Philip Seymour Hoffman (lahir di Fairport, New York, Amerika Syarikat, 23 Julai 1967 - meninggal di New York City, Amerika Syarikat, 2 Februari 2014 pada umur 46 tahun) adalah seorang pelakon filem asal Amerika Syarikat.
Ia memulakan debut pada tahun 1991 dengan filem Triple Bogey on a Par Five Hole. Peranan yang dimainkannya pada filem-filem berikutnya kebanyakan adalah peranan penyokong, di antaranya dalam keempat filem karya Paul Thomas Anderson.
Tahun 2006, ia meraih Anugerah Oscar dalam kategori Pelakon Terbaik untuk peranannya sebagai Truman Capote dalm filem Capote. Selain itu, ia meraih Anugerah Golden Globe serta sekurang-kurangnya 10 anugerah lain dari persatuan-persatuan pengkritik filem untuk peranannya tersebut.
Selain kerjaya filem, Hoffman juga berkarier di atas pentas sandiwara. Untuk peranannya dalam sandiwara berjudul True West (2000) dan Long Day 's Journey into Night (2003), ia dua kali dicalonkan sebagai Pelakon Terbaik dalam Anugerah Tony.